Skip to main content

Rencana

Tukar ‘home’ ke selatan tanah air

fam-pandang-serius-dakwaan-malaysia-hab-atur-perlawanan-serantau.png
Skuad Harimau Malaya yang selama ini berkelana di ibu kota sebagai venue tuan rumah, telah bertukar ke selatan tanah air. 

Keputusan ini telah diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, dan ini bermakna untuk kempen Kelayakan Piala Asia, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin akan menjadi tuan rumah buat skuad kebangsaan.

Biarpun venue perlawanan menentang Korea Utara belum ditetapkan, namun untuk aksi bertemu Lubnan, FAM telah membuat keputusan dan memaklumkan hal pertukaran venue kepada pihak Konfederasi Bolasepak Asia AFC.

Stadium Tan Sri Hassan Yunos, yang menelan kos hampir RM240 juta untuk baik pulih, mampu memuatkan hampir 30,000 penyokong untuk satu-satu masa. 

Dengan kemudahan asas yang mantap, ia dilengkapi kualiti padang yang sangat baik selain suasana bilik persalinan ala 'international'. 

Bukan setakat itu, fasiliti untuk persiapan pasukan seperti tempat latihan, gimnasium dan tempat pemulihan juga berkualiti tinggi dan lebih baik daripada apa yang ada di Kuala Lumpur.

Berdasarkan faktor-faktor di atas, penulis berasakan memang tepat apa yang dilakukan oleh FAM apabila memlih Larkin sebagai venue baru Harimau Malaya. 

Pemain kebangsaan juga akan dapat menggunakan segala fasiliti dan kemudahan yang sedia ada sebagai persiapan untuk berkihdmat buat negara di atas padang nanti.

Malah, secara peribadi, apa yang sedang berlaku di Johor kini juga penulis ibaratkan sama dengan apa yang berlaku di bandar-bandar Eropah seperti Madrid, Catalonia dan Merseyside yang popular dengan bola sepak. 

Mungkin tidak keterlaluan untuk penulis katakan bahawa Johor Bahru kini dalam perjalanan untuk menjadi bandar bola sepak pertama di Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video