Bukanpun satu jenaka apabila Dani Alves menggunakan media sosial minggu lalu dengan menggambarkan dirinya selaku seorang pekebun, pemandu teksi, pengawal pantai, pembantu kedai dan seorang pengawal keselamatan.
Rayuan pemain itu, yang telah menghimpun 42 trofi sepanjang kariernya, bagi mengiringi foto-foto berkenaan berbunyi: “Sedang mencari kerja, ke mana harus CV saya dihantar?”
Kurang sebulan selepas memimpin Brazil menjulang trofi Copa America di Stadium Maracana, 8 Julai lalu, pertahanan berusia 36 tahun itu yang sebelumnya menjaja skilnya dalam LaLiga, Serie A dan Ligue1, mendapati dirinya seorang penganggur atau dalam bahasa bola sepak, seorang ejen bebas.

Dan bukanlah Alves, pemain paling bernilai (MVP) Copa 2019 yang dilaporkan bergaji £6.24 juta (RM31.5j) setahun mengikut laporan pada 2015 – Paris Saint-Germain (PSG) pula membayarnya €700,000 (RM3.23j) sebulan atau RM38.8j setahun -- perlu bekerja lagi sejak kontrak terakhirnya di PSG tamat 30 Jun lalu melainkan mahu meneruskan minatnya dalam bola sepak buat setahun atau dua lagi.
Namun, sudah rezekinya apabila Khamis lalu, kelab Brazil, Sao Paulo FC, menawarkannya kontrak sehingga Disember 2022.
Lega buatnya tapi ia juga bermakna Alves harus menangguhkan hasratnya untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum menggantung but, kepada tiga tahun lagi pada usianya 39 tahun nanti.
Bertuah sepertinya untuk menyertai kelab baru dengan perpindahan percuma selaku ejen bebas ialah Aaron Ramsey, Adrien Rabiot dan Gianluigi Buffon (Juventus), Héctor Herrera (Atletico Madrid), Diego Godín (Inter Milan), Ander Herrera (PSG) dan Vincent Kompany (Anderlecht), sekadar menamakan beberapa.
Juan Mata (Manchester United) dan David Luiz (Chelsea) adalah antara yang bertuah dilanjutkan khidmat di kelab masing-masing sekadar semusim lagi.
Dalam pada itu, ada bertaburan bintang lagi yang masih menganggur, antaranya trio bekas pemain Crystal Palace, Mile Jedinak, Joe Ledley dan Yohan Cabaye, bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge, Danny Welbeck (bekas Arsenal) dan bekas tonggak Chelsea, Gary Cahill, yang masih ketiadaan pasukan.
Seorang lagi bekas bintang EPL, Mario Balotelli, turut menawarkan diri untuk perpindahan percuma setelah dilepaskan Nice dan kemudian Marseille musim lalu.
Seperti dirumuskan akhbar The Sun, ejen-ejen bebas ini lebih daripada mencukupi untuk menubuhkan sebuah pasukan berserta barisan simpanannya sekali dalam EPL.

Di posisi penjaga gol saja, ada Michel Vorm, Adrian dan Julian Speroni yang belum dilamar mana-mana pasukan, demikian juga Fabio Coentrao, Ashley Williams, Martin Skrtel, Danny Simpson, Younes Kaboul, Christopher Samba, Juanfran, Martin Olsson, Sebastian Lichtsteiner dan James Collins.
Bekas pemain Tottenham, Lewis Holtby menyertai pemain-pemain tengah yang menganggur, James Morrison, Jack Rodwell, Lee Cattermole dan Claudio Marchisio di samping Sturridge, Welbeck, Frank Ribery, Andy Carroll, Hatem Ben Arfa, Lazar Markovic, Fernando Llorente dan Jason Puncheon sebagai calon barisan depan.
Kesemua ejen-ejen bebas ini berharap untuk mendapat pasukan baru menjelang tarikh tutup jendela perpindahan EPL, 8 Ogos ini, dan liga-liga Eropah selebihnya pada 2 September depan.
Mengambil contoh Welbeck, bekas pemain antarabangsa England yang akan berusia 29 tahun, November depan, sekurang-kurangnya lima kelab EPL dan Rangers dalam Liga Scotland, dikatakan berminat terhadapnya, cuma tuntutan gajinya yang menjadi penghalang.
The Sun mendakwa bekas penyerang United dan Arsenal itu mahukan gaji £100,000 (RM505,000) seminggu di samping bayaran £5 juta (RM25.2j) sebagai habuan menandatangani kontrak.
Baik Welbeck mahupun pemain-pemain ‘sekapal’ dengannya yang ketiadaan pasukan di samping membawa bersama rekod kecederaan ketika saingan liga sudah hampir bermula, agak-agak la…