Skip to main content

Rencana

Terengganu gagal sekat Diogo

diogo.jpg
Kegagalan benteng pertahanan Terengganu mengawal pergerakan Diogo Santo pada minit ke-22 mengundang padah apabila penyerang itu mengawal situasi dengan baik apabila beliau menggunakan pengalamannya untuk memperdayakan lawan dengan ketenangan diri serta keputusan yang pantas dengan melakukan voli dari luar kawasan penalti untuk memperdayakan Wan Azrie Wan Teh untuk jaringan pertama dan kemenangan Johor Darul Ta’zim dalam pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia 2019.

Walaupun dua perlawanan tidak diturunkan akibat kecederaan, Diogo masih lagi mampu untuk menyumbang kemenangan kepada JDT dan merupakan bekalan jaringan yang cukup baik untuk JDT sebelum bermain dilaman sendiri pada 28 September depan dalam perlawanan kedua peringkat suku akhir. 

Secara keseluruhan, persembahan yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan amat seimbang dalam perlawanan pertama itu di mana kedua-dua pasukan memberikan tekanan kepada penjaga gol lawan.

Bagi anak-anak buah Nafuzi Zain, mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengambil peluang untuk mencipta jaringan, namun itu bukan pengakhiran untuk pasukan Terengganu sebaliknya mereka perlu bangkit dalam perlawanan kedua di Larkin. 

Kalau penulis melihat daripada persembahan semalam, pemain Terengganu boleh melakukan kejutan sekiranya mereka memberi persembahan terbaik, terutama pemain-pemain tempatan. 

Mereka perlu membantu Lee Tuck, Tchetche Kipre dan Sanjar Shaakhmedov sekiranya ingin mencipta kemenangan di Larkin.

Namun, ia bukan satu tugas yang mudah bagi Terengganu apabila menentang JDT di Larkin kerana Larkin adalah gelanggang keramat mereka. 

Dengan sokongan puluhan ribu penyokong Merah Biru itu, pasti akan membangkitkan semangat anak-anak buah Benjamin Mora, namun mereka tidak boleh rasa selesa sebaliknya perlu bekerja keras untuk memastikan jaringan perlu di tambah. 

Adakah anak-anak buah Nafuzi Zain akan berjaya membuat kejutan? Kita tunggu perlawanan kedua nanti.

Advertisement

Must Watch Video