Mencantumkan deraian kegagalan skuad bola sepak remaja Negara ke Piala Dunia B-17 di Brazil bukan kerja mudah, silap haribulan diri sendiri yang terluka.
Maruah Lim Teong Kim, yang disebut-sebut sebagai individu tepat untuk meletakkan bola sepak Malaysia di peta dunia, tercalar dan bekas penolong jurulatih di Bayern Munich itu dijangka akan angkat kaki sebaik kontraknya dengan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) terlerai Oktober ini.
Bagi saya, ini satu kerugian kalau khidmatnya dilepaskan begitu sahaja kerana Teong Kim sudah masak dengan budaya bola sepak di Malaysia selain kelebihan komunikasi untuk memudahkannya memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.
Malah, anak-anak buahnya amat menghargai beliau yang mampu menerapkan disiplin dalam bola sepak moden, tidak kira di atas mahupun di luar padang.
Dengan kredibiliti yang ada juga, beliau boleh membina jaringan hubungan dengan pasukan di Eropah tetapi apakan daya, beliau tidak rela makan 'kacang'.
NFDP menjadi harapan kepada peminat sukan nombor satu tanah air untuk Harimau Malaya meniti gemilang di peringkat antarabangsa selepas beberapa usaha dan episod kegagalan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sendiri yang menemui jalan buntu.
Jadi tidak hairanlah kalau NFDP, yang langkah awalnya digerakkan pada 2009 sebelum direalisisasikan pada 2013 itu, dijulang tinggi sebagai penyelamat bola sepak negara pada masa depan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri yang memainkan peranan utama.
Apatah lagi Teong Kim, bekas tonggak handalan Harimau Malaya era 80-an, hadir dengan reputasi besar selaku penolong jurulatih remaja kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich, untuk memulihkan keadaan.
Sejak 2016, fokus utama beliau ialah membentuk produk di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.
Namun, baru bertatih, bermacam-macam cerita sumbang yang timbul daripada projek bernilai jutaan ringgit itu.
Sejak terkandas dalam kempen Kejohanan AFC B-16 di Stadium Nasional, Bukit Jalil tahun lalu, satu persatu kegagalan projek berkenaan ditelanjangi.
Antaranya, pembinaan AMD yang menelan kos RM80juta pula mencuri perhatian selepas menerima aduan daripada ibu bapa peserta itu sendiri mengenai kemudahannya dan selepas pendedahan itu, ia boleh dikatakan hampir sempurna.
Di satu peringkat, gajinya pula dipersoalkan.
Dalam laporan The Star, nilai khidmat sebulan beliau adalah berjumlah RM250,000, iaitu meliputi 16.6 peratus daripada RM15 juta peruntukan tahunan KBS yang merangkumi persatuan sukan lain.
Di sebalik reputasi itu, kita juga tidak seharusnya dikaburi dengan kedudukan sebenar jurulatih berusia 56 tahun itu.
Sejak 2016, beliau sebenar hanyalah bertindak membimbing bakat di AMD Gambang, di mana kira-kira 200 pelatih diletakkan di bawah pemantauannya. Maknanya beliau bukan lagi bertindak selaku pengarah NFDP, sebaliknya terhad sebagai pengarah AMD.
Sudah tentulah Teong Kim tidak memandai-mandai tetapi ia bukanlah terlalu misteri untuk persoalan ini terjawab.
Maka, mengatakan NFDP sebagai satu kegagalan adalah sama sekali tidak tepat, namun struktur NFDP itu sendiri yang perlu diperhalusi agar lebih telus.