BOLING
Tak cuba tak tahu!
Top lima daripada 14 pasukan bertanding sesuatu yang luar biasa bagi aku sebagai pendatang baru! “We did it, ARENA POWER!”
8 November bersamaan dengan hari Selasa dapatlah juga aku luangkan masa dengan Team ASTRO ARENA bagi menyertai Karnival Boling PFAM bersama Media 2023 untuk lebarkan lagi “networking” serta rapatkan ukhwah sesama kami. 8 bulan di ASTRO ARENA sebagai pengacara TV dan wartawan sukan banyak ajar aku sesuatu yang baru.
5 benda aku belajar semalam dan pasti boleh semua guna pakai untuk tingkatkan kualiti kehidupan iaitu:
Iklan
Tenaga –kena “all out” selalu,sebab semalam awalnya macam tak percaya aku boleh main boling sebaik itu tapi asbab nasihat rakan sepasukan kata, “kau ni Zaki baling jenis kuat dan kena tepat dekat tengah lane baru boleh “spare” atau “strike”.
Terima kasih Kak Suzana Basri, senior host aku untuk nasihatnya.

Keterujaan- semua benda kena buat dengan perasaan teruja dan semalam kami buktikan dengan “enjoy” sahaja “our game, konsisten sokong satu lama lain dan akhirnya inilah hasilnya, “Top 5 of the tournament”.
Latihan- sebelum sesi pertandingan sebenar bermula, kami diberi ruang oleh penganjur untuk “test lane” dan ini sedikit sebanyak bagi kami ruang untuk perbaiki mutu balingan dan bantu sesama sendiri untuk dapatkan kualiti balingan yang terbaik.

Tambah ilmu- banyak ilmu dan teknik balingan aku belajar dari senior aku iaitu Abang Nizam dan dengan nasihat dialah aku dapat buat satu-satu baling dalam keadaan yang powerful dan amazing.
Tindakan – kita kena cepat focus dan bertindak denga napa yang kita nak buat sebab focus adalah kita tahu apa yang kita nak buat dan tak pernah bosan denga napa yang kita buat.
Itu sahaja perkongsian daripada aku hari ini, banyak lagi nak share sebenarnya pada pada semua, kita jumpa di lain artikel nanti, jangan lupa follow “Zaki Zainal” di semua platform media sosial…
Must-Watch Video