“Kalau hanya lempar-lempar air….
“Kenapa terpaksa berhentikan perlawanan sampai situasi kembali tenang?
“Kenapa perlu tembak gas pemedih mata?
“Kenapa kami kena kuarantin lebih dua jam?
“Kenapa ada penyokong depan mata saya kena baling objek besi?
“Saya menuntut keadilan,” ciapnya menerusi akaun Twitternya @SyedSaddiq berikutan penafian Polis Jakarta Selatan semalam terhadap berlakunya rusuhan dalam perlawanan Indonesia-Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Khamis lalu.

Namun, ciapan Syed Saddiq itu tidak dilaporkan dengan meluas (pada waktu artikel ini ditulis), sebaliknya hanya dimuatkan dalam laman cnnindonesia.com dan www.portal-islam.id tapi kemudian disusuli portal berita yang lain.
Sebelumnya, ia dilaporkan dengan meluas, termasuk oleh media Indonesia sendiri, kekecohan sebilangan penyokong, termasuk cubaan merusuh ke tempat duduk penonton Malaysia di samping membaling botol minuman, objek keras dan suar di samping video-video amatur berkaitannya turut menjadi tular.

Kekacauan itu, atau dalam bahasa Indonesia, 'kericuhan', tercetus tidak lama selepas Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi Syafiq Ahmad untuk mengikat kedudukan 2-2 pada minit ke-66 hingga pengadil, Ko Hyungjin dari Korea Selatan, terpaksa memberhentikan permainan kira-kira lapan minit untuk menenangkan keadaan.
Sebaliknya, Polis Daerah (Polda) Metro Jaya, Jakarta Selatan keesokannya tampil menafikan berlakunya sebarang rusuhan.
"Enggak ada (kerusuhan suporter bola di GBK), hanya lempar-lempar air saja," kata Kepala Bidang Humas (Perhubungan Awam) Polda Metro Jaya, Kombes (Komisaris Besar) Argo Yuwono, seperti dilaporkan oleh KOMPAS.com dan CNN Indonesia.
"Enggak ada (suporter yang diamankan atau polisi yang terluka)," ujarnya sebagai menolak apa yang terang-terang ditonton ramai, baik di stadium mahupun menerusi siaran langsung televisyen.

Dalam pada itu, CNN Indonesia turut melaporkan polis melepaskan gas pemedih mata dari pintu masuk VVIP ke arah penyokong yang berada di Gate 1 untuk menyuraikan mereka yang tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 kepada Malaysia itu.
Tambahnya, tiga penyokong Harimau Malaya dilaporkan cedera dalam kekacauan itu.
Berlawanan dengan kenyataan Argo Yuwono itu, Kompas.com memetik Kepala Biro Operasi Polda Metro Jaya, Kombes Albert Teddy Benhard Sianipar, sebagai mengesahkan polis telah menangkap seorang penyokong Garuda dalam kekecohan itu.
“(Diamankan) karena dia melempar,” kata Albert, yang menambah bahawa kerusuhan terjadi kerana penyokong tidak dapat menerima kekalahan tim nasional Indonesia.
“Tadi kami coba tenangkan mereka dan kita diamkan akhirnya berangsur-angsur pulang,” ujarnya lagi.

Lantaran ia kini menjadi perang mulut secara terbuka, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memanjangkan laporan rasmi kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Gangsterisme tidak akan ditoleransi dengan cara apapun. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya,” kata Syed Saddiq lagi dalam kiriman Instagramnya.
“Kejadian ini amat menyedihkan bagi industri sepak bola yang seharusnya menjadi pemersatu. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.”

Apa yang mungkin enggan dituturkan Syed Saddiq sebaliknya diungkapkan oleh warga maya Malaysia yang mempersendakan dalih oleh Argo Yuwono itu sebagai menegakkan benang basah, hidup dalam penafian, takrif rusuhan hanya apabila ada korban jiwa di samping insiden malam Khamis lalu ditakrif terlalu ringan jika dibandingkan dengan ‘kericuhan’ sebenar dalam perlawanan Liga 1 Indonesia.
Kredit foto: CNN Indonesia