Dalam konteks pembangunan sukan di peringkat kebangsaan, pemilihan Olahragawan, Olahragawati, serta Pasukan Terbaik biasanya menekankan pencapaian yang melibatkan aspek fizikal, daya tahan tubuh, dan simbol kekuatan negara.
Hal ini menjadikan sukan fizikal seperti badminton, bola sepak, hoki, renang, basikal dan olahraga lebih menonjol dalam anugerah berprestij di peringkat kebangsaan. Sukan minda, walaupun diiktiraf sebagai mind sports dan beberapa badan antarabangsa, statusnya sering diperdebatkan dan tidak sering diketengahkan dalam penganugerahan tersebut kerana sifatnya yang tidak menonjolkan keupayaan fizikal secara langsung.
Kriteria pemilihan bagi anugerah sukan kebangsaan kebiasaannya berlandaskan kepada pencapaian di temasya sukan utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, dan Sukan SEA. Temasya ini memberi tumpuan besar kepada acara fizikal yang menguji kekuatan tubuh, kepantasan, dan ketahanan atlet. Sukan minda, walaupun memiliki kejohanan bertaraf dunia seperti sukan chess yang mempunyai World Chess Olympiad, kurang diberikan liputan dan pengiktirafan setara dalam konteks multi-sukan kerana ia tidak terlibat dalam temasya sukan antarabangsa yang dominan dengan acara fizikal. Bila sesebuah negara menang dalam sukan fizikal contoh seperti sukan bolasepak,badminton dan basikal, ia memberi impak nasionalisme yang lebih terserlah.
Selain itu, faktor liputan media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi persepsi masyarakat. Sukan fizikal sering kali di paparkan dengan visual aksi yang dramatik dan mendebarkan, menjadikannya lebih menarik untuk tontonan awam. Kita boleh lihat jumlah penonton yang besar di stadium memberi sokongan terutama perlawanan akhir. Berbeza dengan sukan minda, yang bersifat statik dan berfokus kepada pergerakan minda, sukar untuk mendapat daya tarikan sama dalam siaran televisyen atau laporan berita. Justeru, publisiti yang lebih rendah ini menyebabkan pencapaian atlet seperti sukan minda kurang menonjol di mata masyarakat berbanding atlet fizikal. Atlet yang menggunakan fizikal memberi keutamaan latihan awalan dan adaptasi sukan dalam perodisasi latihan untuk mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan.
Dari sudut sejarah, sukan fizikal sering dijadikan simbol kebangsaan dan kebanggaan negara. Misalnya, kejayaan atlet pecut, pemain badminton, atau pasukan bola sepak dilihat sebagai lambang keunggulan fizikal dan semangat juang tinggi sesebuah negara. Sukan minda seperti catur dan e-games, sebaliknya, lebih dilihat sebagai aktiviti intelektual dan rekreasi, bukan simbol kekuatan fizikal masyarakat. Naratif sejarah ini secara tidak langsung menyumbang kepada jurang pengiktirafan antara sukan minda dengan sukan fizikal di pentas anugerah kebangsaan ataupun negeri.
Namun, perlu difahami bahawa sukan minda mempunyai dimensi prestasi yang berbeza. Prestasi atlet fizikal diukur melalui parameter fisiologi seperti kelajuan, kuasa, dan daya tahan, manakala prestasi pemain sukan minda diukur melalui kepantasan pemikiran, kreativiti, strategi, dan keupayaan membuat keputusan kompleks di bawah tekanan. Walaupun kedua-duanya memerlukan latihan intensif, kaedah pengukurannya sangat berbeza sehingga menjadikan ia perbandingan secara langsung terutama dalam pemilihan penganugerahan sukan dengan sukan fizikal adalah tidak adil kerana mempunyai perodisasi latihan yang sangat berbeza.
Perodisasi latihan sukan mengutamakan prinsip fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal dalam jadual tahunan latihan. Disebabkan itu, faktor umur antara faktor penting kejayaan dalam sukan. Dari segi kesihatan, sukan fizikal terbukti menyumbang kepada peningkatan tahap kardiovaskular, kekuatan otot, dan kecergasan tubuh secara menyeluruh. Sebaliknya, sukan minda lebih memberi manfaat kepada kesihatan mental dan kognitif, termasuk pencegahan penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan demensia. Walaupun kesannya signifikan, hasilnya tidak dipaparkan melalui pencapaian fizikal yang mudah diukur, menjadikan sukan minda lebih tersisih dalam penilaian pencapaian atlet kebangsaan dan negeri.
Aspek risiko kecederaan juga membezakan kedua-dua kategori ini. Atlet sukan fizikal berdepan risiko tinggi kecederaan seperti patah tulang, koyakan ligamen, dan concussion, manakala pemain sukan minda lebih berisiko menghadapi tekanan mental, keletihan, insomnia atau sakit belakang kerana duduk terlalu lama. Perbezaan risiko ini menunjukkan bahawa pembangunan atlet minda memerlukan pendekatan khusus, dan tidak boleh dibandingkan
secara langsung dengan atlet fizikal dari sudut pengiktirafan mahupun dasar pembangunan sukan. Atlet sukan fizikal tidak akan memperjudikan tubuh badan mereka dan akan mengambil kira faktor usia dalam penglibatan sukan. Namun, tiada jalan mudah untuk mencapai sesebuah kemenangan dalam apa jua sukan, ia perlu diraikan dan mendapat pengiktirafan hasil penat lelah usaha untuk menang dalam sesuatu acara sukan.
Kesimpulannya, jarangnya atlet sukan minda diangkat sebagai Olahragawan, Olahragawati, atau Pasukan Terbaik bukanlah kerana kekurangan nilai dalam sukan tersebut, tetapi kerana struktur penilaian, sejarah, liputan media, dan naratif kebangsaan lebih cenderung kepada sukan fizikal. Sukan minda wajar diberikan platform khas sebagai sukan intelektual kerana ia menyumbang kepada pembangunan minda, daya tumpuan, dan kesihatan mental masyarakat. Walaubagaimanpun perbandingan secara langsung dalam pemilihan anugerah sukan perlu diperhalusi melalui rubrik sistem pemarkahan yang jelas melalui perbezaan garis halus tersebut. Dengan pengiktirafan tersendiri, barulah sumbangan sukan minda dapat dilihat setara dalam konteks pembangunan sukan negara. Malaysia antara negara yang mempunyai fakulti sains sukan yang tersendiri dan telah melahirkan ramai pakar rujuk bidang, maka disarankan untuk membuat rujukan dan validasi di fakulti terbabit dalam perdebatan dan permasalahan ini.
Mulakan Sekarang

Dari Minat Jadi Prestasi
Setiap pro bermula dengan passion. Mechanical keyboard ni jadi teman setia untuk korang yang tak pernah berhenti mengejar impian e-sukan.
Mulakan Sekarang