Hari ini, tanggal 31 Ogos 2019, genaplah 62 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian membentuk gagasan Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
Sebagai negara yang berbilang kaum, penyatuan di antara rakyat menjadi tiang seri yang mengikat keharmonian negara.
Dengan isu perkauman yang kian diapi-apikan ketika ini, sedarlah kita bahawa sukan mampu menjadi garis rentas yang menghubungkan setiap perbezaan dalam penyatuan bangsa.
Tidak kira anak Melayu, anak Cina, anak India, Kadazandusun, Iban, Bajau, Murut, Orang Asli dan sebagainya, selagi mereka berjuang di bawah panji negara, sudah pasti akan terbit kebanggaan buat kita sebagai rakyat Malaysia.
Masih ingatkah kita betapa kaum Melayu dan China bersama-sama bersorak ketika N. Thanabalan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Indonesia dalam separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Dan masih ingatkah kita ketika seluruh Malaysia tanpa mengira kaum berasa hiba ketika Datuk Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser tahun lalu.
Juga masih ingatkah kita betapa keseluruhan rakyat Malaysia mendoakan kejayaan Azizulhasni Awang ketika pelumba negara itu merebut gelaran Raja Keirin Dunia pada 2017.
Ia menunjukkan tiada istilah perkauman dalam bahasa sukan.
Selagi atlet itu membawa Jalur Gemilang sebagai panji yang disematkan di dada kiri, keluhuran sokongan daripada setiap rakyat pasti dikirimkan sebagai azimat yang membantu mereka mengatasi pelbagai perkara mustahil demi mengagungkan nama negara.
Dan sempena sambutan Hari Merdeka kali kini, seharusnya kita kembali menjadi satu bangsa yang kuat dan harmoni tanpa menghiraukan sebarang bentuk propaganda dan anasir jahat yang menggugat keharmonian negara.
Lupakanlah segala persengkataan dan raikanlah setiap perbezaan.
Sokonglah atlet negara dalam setiap kejohanan dan hargailah pengorbanan setiap pejuang negara.
Selamat Hari Merdeka Bangsa Malaysia.