Skip to main content

Rencana

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

30417defoe.jpg
34 perlawanan dan 21 mata kemudian, akhirnya Sunderland disahkan tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris selepas 10 tahun beraksi di pentas bolasepak tertinggi di England. Ramai yang meluahkan pandangan masing-masing terutama sekali di kalangan netizen - malah awal pagi tadi ketika membuka laman Twitter, hampir semua orang sedang memperkatakan tentang penyingkiran itu.

Ada satu gambar yang telah disebarkan secara viral di laman media sosial, menunjukkan seorang lelaki tua yang tidak boleh lagi menyembunyikan perasaan sedih melihat The Black Cats ditunjukkan jalan keluar daripada Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan menentang Middlesbrough di Stadium of Light.

Satu lagi Tweet yang menarik perhatian saya adalah daripada seorang penyokong Manchester United, dan kata-kata beliau membuatkan saya berasa agak kasihan melihat nasib yang menimpa David Moyes, pengurus Sunderland yang dipertanggungjawabkan untuk menyelamat The Black Cats.

Tweet beliau menyatakan: “Manchester United mematahkan semangat yang ada pada David Moyes. Tanpa sejarah yang begitu gelap bersama The Red Devils, mungkin karier beliau tidak akan dipandang hina sampai sebegini.”

Semenjak dipecat daripada jawatan pengurus Manchester United, amat sukar untuk kita mendengar komen atau pandangan positif terhadap David Moyes. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, nasib David Moyes selepas diarah untuk meninggalkan Old Trafford seolah tiada perubahan ke arah yang lebih cerah.

Apabila dilantik selaku pengurus Sunderland pula, mungkin memori pahit dihina dan dicaci ketika berasa Manchester United masih lagi memberi kesan kepada beliau…

Dan dalam perlawanan menentang Middlesbrough yang juga merupakan perlawanan Sunderland dengan rekod kehadiran paling rendah iaitu hanya 38, 394 penyokong, ramai yang lantang mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta David Moyes meninggalkan kelab itu dengan kadar segera.

De ja vu kah ini?

Lima musim bergelut hendak kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sunderland akhirnya tumpas. Yang menjadikan berita ini lebih sensasi - sudah pasti disebabkan “kesalahan” besar ini adalah hasil tangan David Moyes, pengurus paling dibenci di England mungkin.

Advertisement

Must Watch Video