Seluruh Malaysia sudah maklum tentang peletakan jawatan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah genap setahun menerajuinya.
Perkara ini sudah dijangka setelah gambaran itu pernah dinyatakan oleh Tunku Ismail sendiri selepas beberapa bulan mengetuai FAM. Walaupun mendapat sokongan daripada Exco FAM, namun Tunku Ismail tetap dengan pendiriannya untuk meletakan jawatan atas rasa tanggungjawab kejatuhan ranking skuad kebangsaan.
Persoalannya kini, siapakah yang akan memegang jawatan pemangku Presiden FAM? Melihat situasi terkini, FAM memerlukan seseorang yang mempunyai pengikut terutama dalam hubungan yang baik dengan ahli-ahli gabungan dan agensi-agensi kerajaan. Ini bertujuan untuk mendapatkan dana dari kerajaan terutama daripada syarikat-syarikat kepunyaan kerajaan untuk memastikan perjalanan urus tadbir FAM berjalan dengan baik.
Daripada apa yang diperhatikan, ciri-ciri yang diinginkan itu ada pada timbalan presiden FAM yang menerima banyak undian daripada ahli-ahli gabungan semasa Kongress FAM ke-53 pada tahun lalu iaitu Datuk Subahan Kamal yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berbanding Datuk Yusoff Mahadi, dimana ketika ini dia berjaya mengemudi FAS dengan baik sekali walaupun tidak mendapat sokogan kewangan daripada kerajaan negeri.
Sudah tentu kredibiliti yang ada pada beliau pasti akan mendapat sokongan daripada ahli-ahli exco FAM dan diharapkan juga dengan pimpinan Datuk Subahan dapat meningkatkan prestasi Harimau Malaya, sebagaimana kejayaan pasukan Selangor ketika ini selepas tindakan FAS merehatkan ketua jurulatih pasukan Selangor, P. Maniam.
Selamat maju jaya kepada semua ahli-ahli jawatankuasa FAM yang sedia ada dan tahniah kepada Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail, yang dipilih oleh ahli-ahli semasa kongres semalam. Semoga dengan kepimpinan Tunku Ismail dapat membawa penaja yang lebih banyak demi kebajikan ahli-ahli dalam memperolehi dana untuk membangunkan bola sepak Malaysia.