Mungkin ia kepercayaan tahayul, mungkin juga sekadar kebetulan semata-mata. Tetapi hakikatnya perlawanan liga yang ke-12 memainkan peranan “ajaib” buat pengurus Tottenham, Jose Mourinho.
Menurut analisis menarik yang dilakukan laman sesawang fourfourtwo.com, sepanjang kerjayanya dalam Liga Perdana Inggeris, pasukan yang dikendalikan oleh Mourinho akan mengakhiri musim di tangga yang sama dengan kedudukan mereka sewaktu perlawanan ke-12 berakhir!
Statistik ini juga tidak sekadar terhad kepada pasukan kendaliannya dalam Liga Perdana Inggeris semata-mata, malah turut terjadi sewaktu permulaan kerjayanya mengendalikan FC Porto dan kemudiannya bersama Inter Milan.
Memetik beberapa contoh, pada musim 2004/2005, Chelsea mendahului Arsenal di puncak liga dengan sekadar dua mata selepas perlawanan ke-12, tetapi perbezaan tersebut berjaya dikekalkan sehinggalah ke penghujung musim.
Skrip yang sama berulang pada musim seterusnya, di mana The Blues sekali lagi bergelar juara.
Pada musim 2006/2007, Chelsea ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga Manchester United selepas perlawanan ke-12, dan terpaksa berpuas hati dengan sekadar tempat kedua pada akhirnya.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa statistik perlawanan-perlawanan lebih daripada sedekad lalu tidak seharusnya dijadikan rujukan.
Tetapi tidakkah ia menghairankan apabila perkara serupa terjadi lagi sewaktu Mourinho mengendalikan United pada tahun 2016 hingga 2018?
Dalam musim pertamanya bersama United, kelab tersebut sekadar menduduki tangga keenam selepas tamatnya perlawanan ke-12, dan mereka mengakhiri musim di tangga serupa juga.
Musim seterusnya pula menyaksikan kebangkitan United, di mana persembahan mantap The Red Devils membolehkan mereka menduduki tangga kedua selepas perlawanan ke-12, dan seperti yang anda boleh ramalkan sendiri, mereka menjadi naib juara liga pada musim itu.
Pada ketika ini, walaupun sekadar mampu mencapai keputusan seri sewaktu menentang Crystal Palace pada hujung minggu lalu, Tottenham berjaya mengatasi pesaing terdekat, Liverpool, dengan perbezaan kiraan gol untuk mendahului liga.
Sudah berapa perlawanan yang dimainkan dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini?
Tepat sekali, 12.
Mungkinkah kesemua pasukan lain patut menyerah kalah sahaja sekarang ataupun adakah keajaiban angka 12 Mourinho dalam Liga Perdana Inggeris bakal berakhir musim ini?
Jurgen Klopp selaku pengurus kelab juara bertahan, Liverpool, tidak akan merelakannya, begitu juga bos Manchester City, Pep Guardiola, yang mahu membalas lanjutan kontraknya dengan bergelar juara semula.
Namun, Mourinho – yang pernah disindir Guardiola sebagai Dr Mourinho -- juga menggelarkan dirinya ‘Si Istimewa’ bukan tidak bersebab.
Kredit grafik: fourfourtwo.com