Adakah terlalu ekstrim untuk membawa Unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Sukan Olimpik Rio 2016?
Itu yang saya fikirkan selepas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu sesuatu yang serius selepas beberapa insiden atlit disamun ketika berada di Rio.
Ada beberapa persoalan, berapa ramai pegawai polis diperlukan? Mampukah mereka beri jaminan keselamatan?
Perlu diingatkan, kontinjen Malaysia dijangka hampir 100 orang (30 atlit dan bakinya pegawai). Ada yang berlatih waktu berbeza, bertanding, makan, membeli cenderamata dan menghadiri pelbagai program.
Pastinya tugas sukar untuk pegawai PDRM memastikan mereka semua berada dalam keadaan selamat.
Insiden hitam pernah mencemari semangat Olimpik.
Olimpik Munich 1972 di Jerman, 11 atlit Israel dan pegawai polis Jerman dijadikan tebusan oleh beberapa individu ketika berada di perkampungan sukan, tempat paling selamat ketika temasya Olimpik.
Mereka kemudiannya dibunuh.
Kontinjen Malaysia yang turut dibarisi skuad bola sepak, bagaimanapun tidak terbabit dengan insiden itu.
"Keselamatan atlit dan pegawai sukan negara paling utama. Lebih mahal berbanding pingat Olimpik. Keputusan menghantar 'special branch' ke Rio tindakan yang wajar demi memastikan keselamatan mereka terjamin," kata Tunku Imran.
Ini bukan kali pertama MOM minta bantuan PDRM.
Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, Malaysia turut minta bantuan 'special branch' kerana ketika itu, bandaraya terbabit menerima ancaman pengganas.
Ramai tidak sedar kehadiran 'pegawai polis pengiring' itu namun yang paling penting, semua atlit dan pegawai sukan Malaysia pulang dengan selamat.
Saya juga setuju jika 'special branch' ke Rio bukan saja untuk menjaga keselamatan kontinjen negara, malah petugas media dan penyokong negara yang hadir dengan semangat Olimpik.