Skip to main content

Rencana

Slot ke Eropah semakin sengit di Kem Bola!

150716-kem-bola.jpg

Sesi pemilihan 1MCC-Astro Kem Bola musim ini semakin menghampiri garisan penamat. Enam lokasi menjadi pilihan sekali lagi buat tahun 2016, dan seperti yang dijangka, anak-anak muda datang dan menampilkan bakat yang begitu menakjubkan.

Sepanjang wujudnya program Kem Bola di Astro Arena, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ada lagi mata-mata lain yang menjadi pemerhati.

Advertisement

Negara jiran di seberang tambak iaitu Singapura juga turut kerap menonton program Kem Bola yang kini sudah memasuki musim yang ke-lima. Adakah mereka juga punya harapan untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan dari jurulatih profesional Kem Bola?

Sememangnya ya!

Tahun 2016 menyaksikan buat pertama kalinya kem pemilihan diadakan di luar negara, dan Singapura menjadi destinasi yang pertama.

Sambutan yang diterima ketika kem pemilihan diadakan di Stadium Jalan Besar adalah agak menggalakkan – dan bakat anak-anak muda yang ditampilkan, boleh tahan!

Adakah ini meningkatkan lagi standard buat peserta-peserta yang cuba melayakkan diri ke Kem Lanjutan di Kuala Lumpur nanti?

Adakah mengambil peserta-peserta dari luar negara boleh mendatangkan impak positif kepada Kem Bola?

Sudah pasti. Bukan sahaja ini meningkatkan lagi daya saing di kalangan anak-anak muda kita, tapi ia juga adalah penting untuk mereka membina persahabatan dengan pemain dari luar negara. Walaupun Singapura tidak lah jauh mana, tapi sebagai permulaan, adalah sangat bagus untuk peserta-peserta dari Malaysia lebih terdedah dengan bakat dari negara lain.

Persoalannya sekarang, adakah Singapura sahaja yang menjadi destinasi luar negara buat Kem Bola musim ini?

Kita kena tunggu dan lihat!

Apa yang pasti adalah Kem Bola 2016 bakal menjanjikan saingan sengit terutama sekali dari sudut pemilihan peserta yang akan dibawa ke Eropah, dan juga menjanjikan kualiti yang tinggi dari segi skil dan bakat peserta yang terpilih!

Must Watch Video