Skip to main content

Rencana

Skuasy gagal lagi

310115squash-jpg.jpg
Sedih, kecewa, marah, tidak rasional, tidak masuk akal dan macam-macam luahan daripada komuniti skuasy di seluruh dunia.

Tiga kali mencuba membida untuk disenaraikan ke Sukan Olimpik tapi impian masih tidak kesampaian.

Harapan skuasy untuk ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo dilihat terpadam apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memilih sukan gusti pada pemilihan 2 tahun lalu. 

Namun seribu harapan kembali pada Disember 2014 apabila IOC mengumumkan kelonggaran melalui program Agenda Olympic 2020 dengan memberi ruang kepada tuan rumah mencadangkan 5 sukan daripada 8 sukan yang tertewas kepada gusti pada pembidaan awal.

Baseball/softball, skuasy, karate, sports climbing, skate board, surfing, boling dan wushu ‘melutut’ kepada Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 supaya dipilih.

Skuasy cukup optimis dengan peluang mereka kali ini. Ini kerana ia dimainkan di kebanyakan benua. Kejohanan antarabangsa dijalankan dengan begitu profesional oleh Professional Squash Association (PSA). Skuasy mempunyai ikon sukan dunia seperti Nicol David (Juara dunia 8 kali-Malaysia), Mohamed El Shorbagy (Pemain nombor 1 dunia dan juara remaja dunia-Mesir) dan ramai lagi.

Ramai yang terkejut termasuk Nicol David yang turut kecewa dan pada pendapat saya beliau tiada peluang lagi untuk beraksi di Sukan Olimpik kerana faktor umur.
Pada 28 September 2015, Jepun mencadangkan sukan Baseball/softball, karate, sports climbing, skate board, dan surfing kepada IOC yang akan membuat keputusan terakhir dalam masa yang singkat.

Ambil garam, sental kat luka!!!!

Inilah ekspresi salah seorang pemain kebangsaan ternama Malaysia. 

“Sudah 3 kali kita mencuba. Masih gagal. Kenapa pilih skate board dan surfing? Berapa negara yang aktif dalam sukan ini….Kalau dahulu kata skuasy tidak dimain oleh kebanyakan negara sebab itu gagal dalam bidaan, sekarang apa ceritanya!!!!!”, luahan peminat tegar skuasy yang dilihat cukup marah dan kecewa.

Apapun, komen saya sebagai pemain dan peminat skuasy yang melihat sendiri perjalanan World Squash Federation dan komuniti skuasy dunia yang bersatu  serta tidak pernah penat mencuba membida supaya skuasy diberi penghormatan di Sukan Olimpik, I Salute You!!!

Apa yang pasti, komuniti skuasy bertekad untuk terus mencuba. Terus mencuba tidak kiralah sampai 50 tahun, asalkan skuasy diiktiraf sebagai sukan Olimpik.

Advertisement

Must Watch Video