Skip to main content

Rencana

"Singh is King"

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

220715naurajsingh-jpg.jpg
Dia hanya kurang empat sentimeter untuk layak secara merit.

"Buat kali pertama saya cuba ketinggian 2.29m (had kelayakan Olimpik), semua gagal. Tapi, sekurang-kurangnya saya dapat merasai pengalaman mencuba ketinggian itu.

"Saya rasa boleh melakukannya. Saya tahu saya boleh. Singh is King," kata atlit kelahiran Johor itu.

Memang, Nauraj seorang atlit yang memiliki keyakinan tinggi. Semangat melawan dia kuat. Saya fikir ia salah satu faktor mengapa dia berjaya memintas Lee Hup Wei sebagai atlit lompat tinggi nombor satu negara.

Sukan Olimpik London 2012, Hup Wei beraksi atas tiket wildcard. Saya masih ingat, dia beraksi buruk di Stadium Olimpik London dan gagal ke final.

Selepas itu, prestasinya merosot - tenggelam dek kehebatan Nauraj namun masih memegang rekod kebangsaan, 2.27m.

"Saya masih mempunyai tiga lagi kejohanan di Australia. Kejohanan pertama ini meningkatkan keyakinan saya. Saya harap prestasi ini akan meningkat untuk kejohanan kedua dan berikutnya," kata Nauraj.

Prestasi Nauraj masih jauh dibandingkan juara Asia, Mutaz Essa Barshim dari Qatar walaupun sebaya 24 tahun.

Mutaz raih gangsa Olimpik London, sudah layak ke Rio sementara Nauraj masih lagi mengejar had kelayakan.

Tapi ingat, Singh is King. Saya percaya dia akan melakukannya. 

Advertisement

Must Watch Video