Usai kekalahan kedua Indonesia dalam aksi pra-Piala Dunia, Selasa lalu, sorakan “Simon out” yang mendesak ketua jurulatih, Simon McMenemy, disingkirkan semakin memuncak.
Sorakan itu, yang sudahpun bergema sepanjang perlawanan yang menyaksikan Sang Garuda ditundukkan 3-0 oleh Thailand di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) itu, berlanjutan di pelantar media sosial dan belum reda hingga ke saat ini.
Menerima tempiasnya, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) juga tidak mampu berdiam diri, malah terus memperdebatkannya hingga memungkinkan mereka tunduk kepada desakan ramai kesudahannya dalam masa terdekat ini.
Namun, jurulatih dari Aberdeen, Scotland itu kekal santai sambil menempelak penyokong fanatik Indonesia sebagai tidak bersikap realistik dengan kemampuan pasukan kebangsaan sendiri.

Sambil menuntut penyokong skuad Garuda itu agar sedar diri dengan jangkaan mereka untuk layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar, McMenemy mengungkapkan: “Saya kaget (terkejut) dengan ejekan penyokong, kadang-kadang jangkaan mereka tidak realistik,” katanya seperti dipetik oleh kedua-dua portal berita Indonesia, BOLASPORT.COM dan DETIK.COM.
Tambahnya: “Kalau berbicara soal realistik, pasti semua tahu Indonesia tidak juara Piala Dunia. Kalau ada yang bilang sebaliknya, maka kami bukan hidup di planet yang sama."
Meskipun tidak diucapkannya, harus kata-katanya itu boleh diandaikan juga bermaksud kepada pasukan-pasukan Asia Tenggara lain yang belum pernah lagi layak ke pusingan akhir Piala Dunia dalam era moden ini.
Indonesia sebelumnya tewas 2-3 kepada Malaysia dalam perlawanan pertamanya yang mencetus rusuhan penyokong di SUGBK, 5 September lalu.

Namun, mengikut Wikipedia, Indonesia sebenarnya adalah pasukan pertama dari Asia yang bertanding atas nama Hindia Timur Belanda pada era pra-kemerdekaannya dalam Piala Dunia ketiga di Perancis pada 1938 berikutan Jepun menarik diri.
Dengan penyertaan 16 pasukan (kesudahannya 15 selepas Austria menarik diri), format kalah mati ketika itu menyaksikan Hindia Timur Belanda atau Indonesia tewas 6-0 kepada Hungary yang kemudiannya muncul naib juara di belakang Itali.
Jurulatih berusia 41 tahun itu – yang berpengalaman melatih skuad kebangsaan Filipina (2010) serta kelab-kelab di Vietnam, Maldives dan Indonesia sepanjang satu dekad lalu – barangkali tidak sedar kenyataan lancangnya itu bakal merumitkan lagi kedudukannya yang sudah sedia meruncing kini.
Seorang ahli exco PSSI sudah mencadangkan agar khidmatnya digantikan dan nama bekas jurulatih T-Team dan kini jurulatih kelab Tira Persikabo, Rahmad Darmawan, semakin hebat diperbualkan untuk menyelamatkan skuad Garuda daripada aib berpanjangan.

Indonesia, yang kini terperosok di tangga tercorot Kumpulan G tanpa sebarang mata dan bolos enam kali, masih berbaki enam perlawanan di peringkat kelayakan, dengan jadual terdekatnya ialah berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), 10 Oktober depan.
Namun, seorang ahli exco PSSI, Gusti Randa, enggan mengesahkan McMenemy akan digantikan: "Untuk saat ini, belum ada keputusan soal mengganti pelatih Simon McMenemy."
Menurutnya, kemunculan nama Rahmad Darmawan berpunca daripada cadangan seorang lagi ahli exco PSSI, Yunus Nusi, berikutan dua kekalahan berturut-turut Indonesia itu.
Dalam pada itu, Gusti tidak menafikan PSSI akan memanggil satu mesyuarat bagi membincangkan kedudukan jurulatih itu dalam waktu terdekat – sebelum Indonesia menjadi tuan rumah kepada kunjungan Vietnam, 15 Oktober depan.
"Satu minggu dari sekarang sudah ada rapat Exco, itu pasti. Kalau bisa, pertengahan bulan ini sudah ada keputusan," katanya seperti dipetik BOLASPORT.COM.
McMenemy, yang mengambil alih daripada Bima Sakti pada akhir tahun lalu, mungkin masih boleh terus memasang mimpi buat ketika ini.