Skip to main content

Rencana

Siapa serang, siapa kena sengat?

22517barcelona.jpg
Saingan domestik liga sepanyol mungkin boleh dikatakan terlalu awal untuk menilai sejauh mana tahap kemampuan pasukan masing- masing.

Dengan sepuluh perlawanan awal ini di lihat Barcelona mengekalkan rekod tanpa kalah dengan memperolehi sembilan kemenangan dan satu seri meletakkan mereka berada di persada liga.

Sebelum bermulanya saingan,ramai pemerhati mengatakan bahawa Barcelona bakal tempang ekoran kehilangan pemain berprolifik mereka Neymar yang berhijrah ke Paris Saint- Germain. 

Ternyata anggapan itu jauh meleset apabila Barcelona dilihat lebih garang dan berazam untuk merampas kembali mahkota kejuaraan dari tangan seteru utamanya Real Madrid.Dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti Paulinho, Ousmane Dembele dan Gerard Deulofeu pasukan bimbingan Ernesto Valverde menyasarkan dua kejuaraan utama pada musim ini iaitu Liga Sepanyol dan juga Liga Juara Eropah.

Berbeza dengan seteru utama Real Madrid, mereka seperti terbuai-buai dengan kejayaan musim lalu apabila bermula di awal saingan ini dengan kurang memberangsangkan. Dengan kekalahan terbaru di tangan pasukan baru dinaikkan ke liga utama Girona,meletakkan mereka di tangga ketiga setakat ini dengan memperoleh 20 mata ketinggalan 8 mata kepada pendahulu liga,Barcelona. 

Ini merupakan kekalahan kedua mereka di saingan liga Sepanyol setelah tumpas di tangan Real Betis 0-1 pada 21 September lalu.Kejayaan peribadi yang dilakar oleh Cristiano Ronaldo apabila dinobatkan pemain terbaik dunia FIFA baru- baru ini juga masih belum memberikan impak yang sepenuhnya apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol di saingan liga berbanding dengan penjaring terbanyak setakat ini Leonel Messi dengan 12 gol.

Sememangnya saingan Liga Sepanyol ini lebih tertumpu kepada dua pasukan jagoan Real Madrid dan Barcelona.Tetapi pasukan seperti Valencia dan Atletico Madrid tidaklah harus dipandang rendah kerana mereka dilihat mampu mencabar kedudukan mereka.


Sebelum ini kita digemparkan dengan isu kenegaraan dimana Catalonia menuntut hak kemerdekaaan daripada Sepanyol.Sudah tentunya ia menjadi berita terhangat kerana sekiranya keadaan ini berlaku ia akan menyebabkan Barcelona terkeluar dari saingan liga.

Andai itu terjadi, pastinya pertembungan El Clasico itu bakal pupus di saingan La Liga.Namun begitu, Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane merasakan tanpa Barcelona akan hilang seri La Liga itu.

Sebagai individu yang sudah sebati dengan permusuhan terulung Sepanyol ini, beliau merasakan yang La Liga akan menjadi suram tanpa kehadiran pasukan Catalan itu.Beliau juga mengatakan pada kali ini saingan bertambah sengit dengan beberapa pemain baru yang berkualiti dan kemungkinan untuk pasukannya mengekalkan kejuaraan pada musim ini adalah agak sukar.
---

Advertisement

Must Watch Video