Skip to main content

Rencana

Siapa sebenarnya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

191216vshem_weekiong.jpg
Pasti ini persoalan yang sering bermain di fikiran peminat badminton tanah air terhadap siapa atau bagaimana perwatakan beregu negara ini.

Saya akur sangat bertuah kerana hampir setiap hari saya berpeluang mendampingi 63 pemain yang membarisi skuad kebangsaan daripada mereka yang dikenalpasti sebagai prospek remaja sehinggalah bintang dunia.

Permulaan hari saya tidak akan lengkap kalau tidak singgah di kem pusat latihan skuad negara di Stadium Juara Bukit Kiara kadangkala juga pada waktu saya tidak bertugas.

Saya gemar duduk di satu sudut di Stadium Juara jauh daripada bayangan yang mampu jadi gangguan pada mata pemain negara dan melihat kesungguhan mereka mengerah keringat.

Shem dan Wee Kiong yang kadangkala saya gelar mereka sebagai abang meskipun kami sebaya antara cerita menakjubkan dalam sejarah sukan Malaysia.

Sehingga hari ini, masih merendah diri dan tidak pernah mengelak daripada meluangkan masa berkongsi pandangan serta perkembangan sama ada ketika di hadapan kamera atau sekadar berbual kosong.

Kagum saya terhadap mereka, sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.

Di dalam gelanggang, ada aura luar biasa dalam pergerakan mereka, Wee Kiong kental di depan jaring semantara V Shem menanti dengan tenang untung mematikan langkah lawan.

Jarang sekali mereka melempiaskan emosi tetapi waktu V Shem menitiskan air mata susulan layak ke final Olimpik Rio, saya sedar mereka juga seperti individu lain, mempunyai impian untuk mengharumkan nama negara.

Tidak sekadar mahu dikenang sebagai "One Hit Wonder" gemilang Rio disusuli dengan gelaran Siri Super Premier Terbuka Denmark sebelum menutup tirai 2016 dengan kejuaraan Finale di Dubai.

Siapa sebenarnya Goh V Shem dan Tan Wee Kiong?

Merekalah pejuang moden Malaysia, Beregu Utama anda dan Gandingan Nombor Satu Dunia.

Advertisement

Must Watch Video