Skip to main content

Rencana

Siapa jangka siapa juara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

010216ronaldo-jpg.jpg
Tatkala pendahulu liga Bacelona kini berjaya mengekalkan momentum perlawanan dengan mencatat 16 kemenangan daripada 21 perlawanan mereka seharusnya berwaspada dengan seteru yang lain seperti Atletico Madrid, Real Madrid dan juga Villareal.

Kemeriahan liga sepanyol juga tidak terarah kepada perebutan pasukan di persada liga sahaja. Saingan kali ini juga menyaksikan perebutan untuk menentukan siapa yang layak untuk menggungguli penjaring terbanyak liga. 

Setakat ini bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo berkongsi jaringan bersama dengan ayam tambatan Barcelona iaitu Luis Suarez dengan meledak 19 gol. 

Namun begitu kedudukan mereka diikuti rapat oleh Karim Benzema dengan 18 gol dan juga Neymar dengan 16 gol. 

Kecederaan yang dialami oleh Lionel Messi di awal musim menyebabkan beliau terlepas beberapa perlawanan penting. Pada tahun lalu Messi  berjaya meledak 43 jaringan, kurang lima gol yang dihasilkan oleh Ronaldo. 

Walaubagaimanapun beliau berjaya mengekalkan reputasinya sebagai Pemain Terbaik Dunia sebanyak lima kali apabila  menghasilkan sebanyak 12 gol setakat ini. 

Secara peribadinya, saya masih lagi mempercayai kemampuan Cristiano Ronaldo untuk mengungguli sekali lagi anugerah kasut emas pada tahun ini. 

Walaupun usianya sudah menginjak 30 tahun, kehebatan yang ditunjukkan oleh Ronaldo di setiap perlawanan membuktikan lagi bahawa beliau adalah di antara penyerang yang paling berbisa di dunia.


Advertisement

Must Watch Video