Bekas pengendali kebangsaan, Datuk K Rajagobal, sah mengendalikan PKNS FC pada musim depan selepas kelab itu secara rasmi memperkenalkannya sebagai jurulatih baru, semalam.
Rajagobal adalah salah seorang jurulatih yang sudah lebih sedekad penulis kenali sejak mula bergelar wartawan sukan pada 2003.
Kami memang pernah berdebat dan berbeza pendapat, namun Rajagobal adalah antara jurulatih tempatan yang penulis tetap hormati dan sebaris dengan seorang lagi jurulatih berpengalaman, B Sathianathan.
Bagi penulis, PKNS membuat pemilihan tepat dengan melantik Rajagobal berlandaskan kejayaannya sebelum ini.
Rajagobal mungkin kurang berjaya ketika bersama Sarawak pada 2016 tetapi dia mempunyai rekod yang baik bersama pasukan lain.
Inilah jurulatih yang membantu membentuk potensi nama-nama besar pemain tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Radzak pada awal karier mereka bersama skuad bawah 20 tahun negara pada 2004 dan 2006.
Barisan PKNS FC untuk musim 2018 juga dijangka lebih mantap dengan beberapa pemain seperti K Reuben, Nuridzuan Abu Hassan dan Jafri Firdays Chew sudah menandatangani memorandum persefahaman untuk bersama kelab itu.
Rajagobal dijangka akan cuba menggilap semula pemain senior sedia ada di PKNS seperti kapten pasukan, Safee Sali, tonggak tengah, K Gurusamy, dan juga pemain sayap, Khyril Muhymeen Zambri.
Kehadiran Rajagobal ke PKNS juga ibarat sirih pulang ke gagang memandangkan beliau juga pernah berkhidmat dengan PKNS selama 22 tahun pada era 70an hingga 80an.
Rajagobal turut bersikap realistik apabila di tanya sasarannya, dengan berkata memperbaiki pencapaian di tangga ketujuh Liga Super musim ini adalah sasaran utamanya untuk musim depan.
Beliau mungkin menyedari dengan hanya 10 pemain musim ini dikekalkan, barisan baru PKNS juga memerlukan masa membentuk persefahaman.
Rajagobal juga enggan terlalu tergesa-gesa dalam pengambilan awang import kerana mahu pemain yang mampu memberi kesan positif buat pasukan.
Tiada jaminan PKNS akan lebih berjaya dibawah kendalian Rajagobal, namun pada masa sama ia juga bukan sesuatu yang mustahil.
Apapun, penulis ingin mengucapkan "Selamat Kembali Datuk Rajagobal" dan semoga kehadirannya akan menghangatkan lagi saingan Liga M musim depan.