Jurgen Kloop dinobatkan selaku Jurulatih Lelaki Terbaik Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atas prestasi menakjubkan musim lalu, sekali gus mengetepikan dua lagi calon, Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino.
Kloop membawa Liverpool muncul juara Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Tottenham Hotspur selain mengumpul 97 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris, yang merupakan catatan mata ketiga tertinggi dalam sejarah liga.
Walaupun dua lagi pesaingnya tewas, namun Pep Guardiola dan Pochettino dilihat berjaya meneruskan kecemerlangan musim ini dengan prestasi memberangsangkan, seiring dengan Kloop yang kini membawa Liverpool memimpin carta liga.
Namun, ceritanya berbeza buat Frank Lampard dan Ole Gunnar Solskjaer.
Tiada siapa mampu memberi kepastian sampai bilakah khidmat mereka akan diperlukan kerana kedua-dua pasukan besar ini dilihat bergelut unutk bersaing merebut tempat teratas liga. Begitu juga dengan jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane.
Umum pasti mengingati zaman kegemilangan Zidane membimbing Real Madrid sebelum beliau meletakkan jawatan pada 2018.
Kejayaannya membawa Los Blancos memenangi pelbagai kejayaan peringkat tertinggi pernah mengangkatnya sebagai salah seorang jurulatih hebat pada masa itu. Pada saat kesemua penggantinya dipecat, sehinggalah beliau diambil semula selaku jurulatih, Real Madrid masih sukar untuk mengekalkan prestasi terbaik.
Kini Zidane dilihat bergelut untuk meletakkan Real Madrid di tempat yang sepatutnya dan kekalahan kepada Paris Saint-Germain (PSG) terus memberikan tekanan hebat kepada bekas pemain kebangsan Perancis itu.
Andai gagal menghasilkan kemenangan, ada kemungkinan Zidane akan dipecat dan tempatnya mungkin diganti oleh Xabi Alonso yang kini mmembimbing Real Sociedad B.
Itulah lumrah selaku jurulatih, saat meraih kejayaan, dijulang tetapi pada saat tiada kejayaan, jawatan yang dipegang berada dalam posisi bahaya.