Skip to main content

Rencana

Sejauh 8770 kilometer untuk 11 kilometer larian pertama!

img_9230.jpg
Belum cuba belum tahu..

Itu la ungkapan yang sering bermain di minda buat seseorang individu yang bernama Lily Hamzah.

Larian? Bukan la sesuatu yang menjadi kegemarannya, tapi ada yang bakal berubah di penghujung coretan ini. 

Timbul persoalan seperti:

"Mampu ke nak habiskan 11 kilometer larian, 5 kilometer pun dah semput?!"

"Kalau tak larat nak habiskan, buat malu je.." 

Dengar macam keterlaluan, tapi itu la hakikatnya jika tiada persediaan rapi. Sama je macam mana-mana atlet nak menghadapi kejohanan. Gittew!

Namun, bila terasa diri ini dah dimamah usia, apa yang pasti faktor penjagaan kesihatan adalah antara yang perlu dititik beratkan. Lagi-lagi bila dah sedar tak seaktif dulu kala. 

Nak dijadikan cerita, saya terima tawaran yang ditaja penuh untuk terbang ke bumi Auckland, New Zealand berdasarkan latar belakang sebagai personaliti saluran sukan nombor satu di Malaysia, Astro Arena, oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan Air Asia X . 

Ini adalah bagi menikmati pengalaman meneroka negara tersebut di samping terlibat dengan acara marathon -- beberapa kategori dipertandingkan yang diadakan setiap tahun di sana.

Peluang satu dalam sejuta itu terus je saya terima tanpa berfikir panjang. 



Pengalaman saya janji tiada yang mengecewakan! Dari Malaysia, ada lebih kurang sembilan orang peserta, termasuklah artis ternama seperti Hawa Rizwana dan rata rata individu yang sangat sinonim dengan larian. Mengejutkan, kami dah terasa seperti sebuah keluarga walaupun pengembaraan baru je nak bermula. 

Jadi, penerbangan mengambil masa sekitar 13 jam termasuk transit di Sydney Australia. Masa digunakan sebaiknya untuk bertukar pendapat dan pandangan serta mengenali diri masing masing. Dan setibanya di Auckland, teruja dengan cuaca di sana, penduduk tempatan pun sporting betul! Beberapa persediaan dilakukan sebelum '11 km traverse run' bermula untuk saya sementara ada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam kategori ‘half marathon’ dan ‘full marathon’. 

Sejujurnya, ini muncul salah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya, semasa hari kejadian melihat veteran, orang kurang upaya serta peserta yang berlari sambil berkempen dan melawan penyakit membuatkan saya terinspirasi. Terus hilang rasa gementar ditambah pula dengan cuaca sejuk dan pemandangan cantik sepanjang larian. Mesti ada kekurangan terhadap diri sendiri tapi bangga juga rasa dapat habiskan larian. 

Sebenarnya kita ni tak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu dan saya pasti larian akan jadi salah satu aktiviti yang selalu dilakukan dalam kehidupan seharian saya selepas ini. Yang penting sentiasa syukur atas ruang dan peluang! Mula lakukan sesuatu untuk perubahan positif dalam hidup anda. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video