Skip to main content

Rencana

Saya larang emak ayah tengok perlawanan saya

pek-xian.jpg
Ketika muda, saya pernah halang mak ayah apabila ada pertandingan di Lembah Klang.

"Kalau saya kalah nanti salah mak ayah, sebab saya tak boleh fokus beraksi" ini jawapan saya apabila ditanya kenapa.

Sampailah sekali tu kantoi -- ketika bertanding saya ternampak dua kelibat mencurigakan di satu sudut dan macam tidak asing bagi saya -- mak ayah saya bersembunyi belakang tembok, curi-curi tengok saya bermain.

Sejujurnya, saya amat terkejut mereka berbuat demikian semata-mata ingin menyokong anak mereka.





Saya bukan berasal dari keluarga yang senang, setiap hari mak ayah sibuk bekerja cari rezeki nak besarkan 4 anak. Jadi apabila ada masa lapang, saya ingin mereka berehat dengan secukupnya.

Dalam masa sama, saya juga risau, buatnya mak ayah datang sokong, tapi hari tu bukan hari saya dan saya kalah, sia-sia mereka datang.

Tetapi kata-kata seperti ini ubah pemikiran, sehingga kini masih mampu buat saya cair hehe.



Fast forward ke saya yang sekarang, kehadiran mereka bukan sahaja pembakar semangat, tetapi wajah mereka juga menenangkan apabila saya gementar.

"Mommy, daddy! Datang lah sebanyak mana pun pertandingan saya, saya sambut dengan tarian!!"

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video