Rancangan Small World kini memasuki musim ketiga yang menyaksikan persaingan antara Samantha, Hannah dan Aysia.
Seperti musim lalu, tiga bakat cilik ini dibahagikan kepada tiga kumpulan, di mana mereka akan mendapat tunjuk ajar tiga personaltiti Astro Supersport iaitu Denise, Swarna dan Mark.
Samantha yang berada dalam Team Denise tampak menyinar dalam beberapa tugasannya.
Antara tugasan yang perlu dilakukan peserta adalah berinteraksi dengan bekas pemain Liverpool, Vladimir Smicer, bekas pemain Manchester United, Jaap Stam, pemain kebangsaan Brendan Gan dan juga ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David.
Samantha tampak bersahaja ketika berbicara mengenai teh tarik dengan Smicer, muzik R&B dengan Nicol dan juga menemuramah Brendan mengenai saat indahnya sebagai pemain dan juga apabila dia dimarahi oleh jurulatih.
Hannah juga tidak kurang hebat tetapi berdepan sedikit kesukaran dalam beberapa tugasan yang perlu dilakukannya.
Namun hasil galakan Mark, Hannah tetap berjaya juga meningkatkan pretasinya untuk kekal dalam persaingan.
Aysia yang mendapat bimbingan Swarna turut memiliki kelebihan sendiri dengan keyakinannya berinteraksi dengan tetamu-tetamu dalam tugasannya.
Dari sesi uji bakat awal, Aysia tampak petah berbicara walaupun baru berusia 10 tahun.
Dalam tugasan menemubual Smicer, dia dapat membuatkan bekas pemain Liverpool itu menarik dengan gaya moonwalk.
Aysia juga dapat berinteraksi dengan baik bersama Nicol dan perbualan antara mereka berdua juga tidak hanya berkisar mengenai skuasy.
Small World adalah rancangan terbitan Astro Supersport yang mencungkil bakat baru dalam dunia pengacaraan pada usia yang muda.
Rancangan ini disiarkan setiap Rabu di saluran Astro Supersport 3 CH813 HD & CH833 pada jam 9 malam.
Penonton juga boleh mengikuti siaran terdahulu di saluran Youtube Stadium Astro.
Undian buat peserta pilihan juga boleh dilakukan penonton di sini dan undian dibuka pada 9:30 malam setiap Rabu sehingga 11:59 malam setiap Ahad.