Skip to main content

Rencana

Sabar, macam boleh on je STL

800x450_kl.jpg
Mei yang lalu, saya telah berkongsi penulisan kemungkinan penganjuran Sepak Takraw (STL) dapat diadakan.

Tetapi pelbagai persoalan yang belum jelas mengenai status sukan sepak takraw terutamanya ketika respon Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Sri Reezal Marican Naina Merican, dalam soal jawab sidang media 8 Jun lalu, yang mana menteri itu menyatakan sepak takraw masih tergolong di kalangan sukan yang ada kontak.

Bagi mendapatkan penjelasan yang lebih jelas, Nadi Arena edisi 12 Jun telah mendapatkan penjelasan dari Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Haji Ahmad Ismail, mengenai dan apa yang dikongsikan ialah rundingan susulan telah diadakan bersama KBS dan PSM juga sudah bersedia dengan SOP yang akan dipanjangkan kepada pihak KBS.

Keseluruhan perkongsian panjang lebar Tok Mat dengan nada penuh yakin, ia seolah-olah memberi harapan kemungkinan STL musim ini akan dapat diadakan.

Saya juga tertarik dengan kenyataan Tok Mat, yang mana sekiranya STL boleh diadakan, PSM akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan serta kebaikan bersama iaitu tiada pemain import dalam saingan liga dan tiada pasukan jemputan antarabangsa bagi saingan Champions Cup. Ini seiring dengan saranan kerajaan yang mana ketika ini pintu keluar masuk negara masih diketatkan.

Jika ini berlaku, inilah peluang terbaik buat pemain tempatan bersaing sesama sendiri dan perlu tampil dengan aksi terbaik. Selain itu, pemain juga perlu serius dengan kesemua SOP yang bakal ditetapkan. 

Saya percaya, kesemua pemain, jurulatih, pihak pengurusan, pengadil dan peminat pastinya mengharapkan STL akan dijalankan. 

Apa-apa pun kita perlu bersabar dan perlu nantikan perkembangan terkini dari PSM mengenai status penganjuran STL. 

Tapi naluri saya berkata, STL 2020 pasti diadakan. 

Advertisement

Must Watch Video