Bertandang ke Stadium Anoeta gelanggang lawan umtuk perlawanan ke 30 La Liga iaitu Real Sociedad tidak melemahkan semangat anak-anak buah Zinedine Zidane terus berjuang dan memburu gelaran La Liga edisi 2019-2020 walaupun bersaing rapat dengan musuh tradisi Real Madrid iaitu Barcelona. Sebaliknya Madrid berjaya memberikan aksi yang meyakinkan walaupun diberi sedikit tekanan oleh Real Sociedad sepanjang perlawanan itu.
Dengan mengekalkan formasi 4-3-3 itu ia berjaya mengekalkan falsafah permainan Madrid dengan gerakan tersusun melalui pemain-pemain midfield yang kreatif dan berpengalaman dalam mengawal permainan. Diketuai Casemiro di bahagian midfield, di bantu pula oleh Toni Kroos dan James Rodriguez ia memberi impak yang besar dalam menyalurkan hantaran kepada pemain hadapan terutamanya kepada Karim Benzema. Lihat sahaja beberapa kali dalam separuh pertama Madrid berjaya membuat percubaan tepat di depan pintu gol Real Sociedad sehingga penjaga gol Sociedad Alex Remiro bertungkus lumus menyelamatkan pintu golnya.
Namun Sociedad tidak memberi laluan mudah kepada Madrid sebaliknya Sociedad berjaya juga memberi tekanan kepada Madrid melalui gerakan pemain-pemain midfield mereka iaitu Martin Odegaard dan Mikel Oyarzabal. Akhirnya pada separuh masa ke pertama berkesudahan dengan 0-0. Bersambung pada babak ke dua Sociedad dan Madrid terus memberi aksi terbaik untuk mencari gol pembukaan, dengan formasi 4-2-3-1 yang diterapkan oleh Imanol Alguacil itu berjaya membawa Sociedad bersaing dengan Madrid.
Tetapi atas kesilapan pemain pertahanan Sociedad yang menghalang dari belakang ketika Vinicius Junior ingin melakukan rembatan didalam kotak panalti itu menyebabkan pengadil memberikan sepakan panalti dan Sergio Ramos menyempurnakannya untuk Madrid dahuli 1-0 pada minit ke 50. Dari saat itu Sociedad terus bangkit untuk mencari gol penyamaan namun sayang jaringan yang dilakukan oleh pemain gantian Adnan Januzaj tidak dikira apabila salah seorang pemain Sociedad berada didalam kedudukan offside. Perlawanan menjadi semakin menarik dengan serangan dan akhirnya Madrid berjaya melakukan jaringan kedua melalui penyerang prolifik mereka Karen Benzema pada minit ke 70. Namun itu tidak mematahkan semangat pemain-pemain Sociedad dan akhirnya berjaya mendapatkan jaringan saguhati pada minit ke 83 melalui Mikel Marino. Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat. Dengan kemenangan ini membolehkan Real Madrid memintas Barcelona untuk menduduki carta La Liga walaupun pungutan mata sama tetapi membezakan kedudukan hanyalah jarigan.