Atlet para dan sukan para turut diberi penghormatan dan disenaraikan di dalam program ini.
Misi besar
Perbelanjaan RM75 juta pada tahun ini dengan pelan jangka panjang dalam menyediakan para atlet ke arah target yang ditetapkan.
Institut Sukan Negara (ISN) diberi kepercayaan mengemudi program terbesar sukan negara setakat ini dengan pendekatan serius dalam sains sukan.
Pengarah Podium, Tim Newenham dari England merupakan salah satu individu yang bertanggung jawab membentuk English Institute of Sport, begitu optimis bahawa program ini akan menjadi titik tolak perubahan sukan Malaysia ke arah profesionalisme dan berkelas dunia.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang meningatkan atlet supaya tidak berasa terlalu selesa kerana mungkin disingkirkan sekiranya gagal menampilkan aksi yang diharapkan.
Barisan staf yang dipilih untuk membantu atlet mencapai keupayaan optimum mereka juga merupakan pakar dalam bidang masing-masing.
Kini, kejayaan sukan Malaysia terletak di tangan 97 orang individu istimewa ini.