Ia bahan yang menarik untuk penulis skrip. Didahului dua pasukan pilihan, Mexico dan Costa Rica, yang sudah melayakkan diri lebih awal, pasukan ketiga, Amerika Syarikat, seakan-akan menanti untuk turut mengiringi daripada kelayakan zon CONCACAF sehingga takdir menentukan sebaliknya.
Kemudian, pada hari terakhir pusingan kelayakan, Mexico dan Costa Rica tewas perlawanan masing-masing kepada Honduras dan Panama, dan meninggalkan Amerika Syarikat yang memerlukan seri dengan pasukan terlemah dalam kumpulan, Trinidad & Tobago.
Malangnya, AS tewas 1-2 di Stadium Ato Boldon, 10 Oktober lalu, dan terlepas untuk ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986.
Sebaliknya, Panama, sebuah pasukan dengan hanya beberapa pemain yang berpengalaman beraksi di Eropah, layak ke Piala Dunia buat julung-julung kalinya.
Kejayaan Panama menundukkan Costa Rica 2-1 dalam perlawanan terakhirnya untuk mengesahkan kelayakan, mencetuskan pesta terbesar hingga mendorong Presiden Panama, Juan Carlos Varela, mengisytiharkan keesokannya, 11 Oktober, sebagai cuti umum di seluruh negara.
Presiden Varela dilaporkan memuat naik sekeping foto melalui akaun Instagramnya sedang menandatangani perisytiharan rasmi cuti umum berkenaan dengan keterangan: “Suara lantang seluruh rakyat telah didengar. Esok adalah cuti umum di seluruh negara. Anda semua berhak mendapatnya.”
Panama sekian lama berhempas-pulas untuk melayakkan diri selepas gagal dalam 10 kempen kelayakan berturut-turut sejak 1978 tapi gol kemenangan pada saat-saat akhir menentang Costa Rica itu akhirnya menamatkan penantian panjang mereka.
AMERIKA UTARA, TENGAH DAN CARIBBEAN
MEXICO mengesahkan kelayakannya dengan agak mudah, dengan hanya mengalami satu kekalahan dalam perjalanan untuk mengungguli kumpulannya dengan kelebihan lima mata.
Kekalahan tunggalnya ialah kepada Honduras dalam perlawanan terakhir sesudah tempat Mexico di Russia 2018 sudah pun terjamin.
Mexico memiliki sejarah penyertaan yang konsisten dalam pusingan akhir Piala Dunia dan temasya Russia 2018 akan menandakan penampilan mereka buat kali ke-16.
Ketua jurulatih dari Colombia, Juan Carlos Osorio, tidaklah begitu popular dengan penyokong skuad El Tri dengan polisinya untuk menggilirkan pemain tetapi akan kekal mengemudi pasukan di Russia nanti.
Penyerang utama, Javier ‘Chicharito’ Hernandez, penjaring terbanyak untuk negaranya sepanjang zaman, adalah pemain Mexico yang paling berbahaya di barisan depan tetapi ada juga bakat muda cemerlang seperti Hirving Lozano, pemain berusia 22 tahun yang bermain untuk PSV Eindhoven dalam Liga Belanda.
COSTA RICA menduduki tangga kedua dalam kumpulan kelayakan zon CONCACAF ini, termasuk hasil kemenangan di tempat sendiri dan tempat lawan ke atas Amerika Syarikat.
Ia akan menjadi penampilan kelima mereka dalam pusingan akhir dan dalam kemunculan terakhir di Brazil empat tahun lalu, mereka memeranjatkan ramai dengan meneruskan kemaraan daripada peringkat kumpulan yang turut mengandungi England, Itali danUruguay.
Malah, Costa Rica mara hingga ke suku akhir sebelum tewas kepada Belanda menerusi penentuan sepakan penalti.
Skuad Los Ticos ini akan diperkuatkan oleh penjaga gol Real Madrid, Keylor Navas, manakala kapten, Bryan Ruiz, beraksi untuk Sporting Lisbon dan pemain tengah, Celso Borges, membintangi Deportivo La Coruna.
Pakar taktikal pasukan ialah bekas pemain antarabangsanya, Oscar Ramirez .
PANAMA selaku pendatang baru di pentas Piala Dunia, mengejutkan ramai dengan meraih slot kelayakan automatik yang ketiga dari zon berkenaan.
Satu kemenangan dramatik 2-1 ke atas Costa Rica mengesahkan kelayakan mereka sehingga diangkat sebagai peristiwa terbesar di negara itu tahun ini.
Pemegang rekod penjaring terbanyak mereka, Luis Tejada, 35, telah meledakkan 42 gol untuk negaranya dan akan menjadi ancaman utama di Russia.
Jurulatih dari Colombia, Hernan Dario Gomez, yang telah mengepalai pasukan negara asalnya ke Piala Dunia 1998 di samping Ecuador ke Piala Dunia 2002, akan mencaturkan perjalanan Panama pada musim panas tahun depan.
Sebagai rangkuman, setiap satu daripada 10 pasukan teratas dalam ranking dunia FIFA, akan tampil memperagakan kehebatan masing-masing di Russia tahun depan kecuali pasukan nombor 9 dunia, Chile, yang terkandas.
Daripada senarai 20 pasukan teratas dunia pula, cuma Wales (14) Itali (15) dan Belanda (20) yang akan sekadar menjadi penonton.
Empat pasukan -- Bhutan, Gibraltar, Kosovo dan Sudan Selatan – membuat kemunculan kali pertama dalam pasukan kelayakan.
Pasukan-pasukan yang akan membuat penampilan semula dalam pusingan akhir di Russia selepas sekian lama ialah Peru (kali terakhir pada 1982), Mesir (kali terakhir pada 1990) dan Maghribi (kali terakhir pada 1998).
Undian Piala Dunia 2018 akan berlangsung di Kremlin pada 1 Disember ini.