Selangor mengungguli pertembungan 'Klasik Malaya' dengan kemenangan 3-1 ke atas Perak di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan keputusan itu, The Red Giants menterbalikkan defisit 0-1 daripada perlawanan pertama di Stadium Perak minggu lalu untuk ke separuh akhir Piala Malaysia dengan kelebihan agregat 3-2.
Bekas gandingan Kedah, Khyril Muhymeen Zambri dan Syazwan Zainon, jelas membantu kemenangan itu dengan masing-masing menemui sasaran di depan gawang The Bos Gaurus -- Khyril menjaringkan dua gol susulan jaringan pembukaan Syazwan.
Ia menghidupkan peluang Selangor untuk meneruskan sasaran satu piala musim ini, namun menanti mereka dalam separuh akhir ialah juara Liga Super enam kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Berdasarkan rekod pertemuan liga musim ini, Selangor tewas 2-4 di Shah Alam dan 2-3 di Larkin.
Namun, cerita dalam saingan kali ini pasti berbeza, lebih-lebih lagi Selangor juga membawa reputasi selaku juara 33 kali saingan tertua di Malaysia itu.
Walaupun sukar, peluang tetap ada untuk Selangor menumbangkan skuad Harimau Selatan itu.
Ketua jurulatihnya, B. Sathianathan, misalnya, pasti tidak mahu terlepas gelaran itu memandangkan ia peluang terakhir untuk dia menepati indeks prestasi utama (KPI) yang telah ditetapkan sejak mengambil alih pasukan itu, 22 November lalu.
Dalam tempoh lebih kurang 20 hari ini, pengendali berusia 61 tahun itu perlu menyediakan ramuan terbaik untuk menumbangkan pasukan yang dikatakan serba-serbi lebih lengkap berbanding mereka itu.
Dan jika berjaya, menanti mereka dalam final ialah dua lagi pasukan gergasi tanah air, Pahang atau Kedah.
Buat pemain dan barisan kejurulatihan Selangor, belum sampai masanya untuk anda berasa selesa dengan kejayaan menundukkan Perak kerana masih ada dua halangan yang perlu dilepasi sebelum menamatkan musim ini dengan kegemilangan.
Buat penyokong Selangor pula, anda tiada pilihan selain memenuhkan stadium, bermula dengan pertemuan separuh akhir bertemu JDT, memandangkan hanya itulah yang anda mampu lakukan untuk membantu pasukan.
Juara bertahan sudah ditumbangkan, tinggal dua lawan lagi perlu ditundukkan.
Ayuh penyokong Selangor, penuhilah segenap tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam kerana ia mungkin kali terakhir anda menyaksikan pasukan kesayangan anda itu beraksi buat tahun ini.