Lengkap sudah senarai empat pasukan ke separuh akhir Piala FA 2017 dan seumpama satu kebetulan, dua aksi itu akan libatkan dua pasukan daripada Liga Super manakala dua lagi daripada Liga Perdana.
Mungkin ramai lihat Pahang dan Kedah yang kini berada di tangga kedua serta ketiga Liga Super sebagai calon pilihan ke perlawanan akhir memandangkan mereka punyai skuad yang lebih berpengalaman dan seimbang daripada semua aspek.
Pahang sudah tentu akan diberi perhatian utama selepas pamerkan kekuatan mental menakjubkan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos untuk singkirkan juara bertahan, JDT melalui gol di tempat lawan, tiga minit sebelum permainan berakhir.
Manakala Kedah walaupun berada sedikit di ambang kemerosotan apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir, mereka mungkin mampu bangkit di saingan Piala FA.
Namun, bagi penulis, sejarah Piala FA sentiasa penuh dengan kejutan sepertimana beberapa musim lalu bila Sime Darby pernah mara ke final 2012, Felda United pada 2014 dan PKNS, musim lalu.
Kedua-dua pasukan ini pada waktu tersebut hanya beraksi di saingan Liga Perdana serta tidak dibarisi ramai pemain ternama.
Mungkinkah sekali lagi sejarah sama akan berulang dengan Negeri Sembilan atau Terengganu berjaya mencelah masuk ke salah satu slot ke pentas akhir Piala FA 2017?
Penulis paling tertarik dengan Negeri Sembilan yang belum pernah tewas dalam 14 perlawanan kompetitif musim ini dan berdepan Pahang, ia boleh diibaratkan sebagai laluan paling berduri buat skuad Hoben Jang Hoben.
Mereka ada karakter untuk kejutkan Pahang berdasarkan adunan import yang nyata cukup menjadi diketuai Bruno Suzuki, Lee Tuck dan Marko Simic yang jadi nadi kekuatan pasukan.
Terengganu juga jangan diperlekehkan bila berjuang berhempas pulas singkirkan pasukan dari Liga Super, Sarawak di suku akhir selepas mereka baharu sahaja dimalukan 0-4 oleh UITM.
Di bawah jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti, penulis tidak nampak mengapa Terengganu tiada kudrat kejutkan Kedah yang kini makin lesu sejak berita pemergian Tan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan tidak lama lagi.
Penulis juga tidak terkejut andai perlawanan akhir Piala FA pada 20 Mei nanti bakal menemukan Negeri Sembilan dan Terengganu...siapa tahu kan?