Setelah beliau mendirikan rumah tangga bersama kekasih yang telah bertaut di hatinya sejak berusia 13 tahun minggu lalu, nampaknya Carlos Tevez terus menerima kegembiraan dengan pengesahan tentang penghijrahan dari Boca Juniors ke kelab Liga China, Shanghai Shenhua.
Perpindahan ini juga telah menjadikan beliau pemain bola sepak dibayar paling tinggi di dunia. Bukan sahaja mengatasi gaji pemain termahal tonggak Manchester United, Paul Pogba, bahkan gaji beliau juga mengatasi gaji yang diterima oleh Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi.
Laporan dari China mengatakan gaji mingguan penyerang itu pada harga 615,000 pound sterling (RM 3.4juta) sebelum cukai, yang membawa pendapatan tahunannya kepada sekitar 32 juta pound(RM 177.3 juta) setahun.
Selain daripada Tevez ,ada beberapa nama besar juga tertewas dengan tawaran lumayan yang diberikan oleh kelab dari China antaranya seperti Oscar dan Hulk yang berhijrah ke Shanghai SIPG dan dikhabarkan menerima gaji mingguan sekitar 315 00 pound hingga 400,000 pound.
Walaupun hanya setahun bersama Boca Juniors penyerang berusia 32 tahun itu berjaya membantu meraih dua trofi untuk pasukannya.Tawaran terkini yang diterima mungkin sukar ditolak oleh mana- mana pemain tatkala umur yang yang hampir ke usia persaraan.
Penghijrahan Tevez ke China menjadi lebih mudah apabila Boca Juniors dan Shanghai Shenhua FC mencapai kesepakatan berhubung perpindahannya dan bekas kelabnya itu mengucapkan selamat berjaya di Liga China.
Sementara itu dalam reaksi lain, ada menyatakan beliau tetap akan berada di hati pasukan Boca Juniors.
Di Shanghai Shenhua, Tevez akan bergabung dengan nama-nama besar seperti bekas penyerang Chelsea, Demba Ba, dan bekas pemain Inter Milan, Obafemi Martins, dalam pasukan yang dilatih oleh bekas pengurus Sunderland, Gus Poyet.
Sekitar beberapa hari lalu, Tevez yang masih lagi dalam mood berbulan madu bersama isterinya Vanesa Mansilla dikejutkan dengan berita rumahnya di Buenos Aires dipecah masuk ketika beliau berada di Uruguay melangsungkan perkahwinan. Namun setelah pulang menaiki helicopter dan memeriksa sendiri keadaan rumahnya, Tevez memastikan keadaan kembali stabil dan terus ke Mexico meneruskan bulan madu bersama isteri tercinta sebelum meneruskan kariernya di China.
Tevez turut pernah beraksi bersama pasukan nama besar yang lain seperti West Ham United, Manchester United, Manchester City dan Juventus.