'Home of Harimau Malaya'. Itu gelaran yang diberikan kepada venue rasmi skuad bola sepak kebangsaan, Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Perkara itu dicapai selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), menandatangani perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 untuk menjadikan Stadium Nasional sebagai gelanggang sendiri skuad kebangsaan bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi.
Ini menjadikan kesemua perlawanan di tempat sendiri skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dari 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020 serta perlawanan tempat sendiri bagi Piala Suzuki AFF 2020 pada November hingga Disember 2020, akan berlangsung di stadium berkenaan.
Banyak lagi perkara yang dicapai hasil daripada perjanjian itu seperti kualiti padang yang dijanjikan untuk menjadi terbaik di Asia tetapi paling mencuri perhatian saya adalah stadium berkenaan mahu dijadikan sebagai "Wembley Malaysia".
Hasrat itu disuarakan sendiri Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Tan Sri Tony Fernandes, dengan tujuan menjana pendapatan negara.
Bagi saya, ia cukup mengujakan kerana peminat akan merasai satu pengalaman dan suasana baru, sama seperti berada di Stadium Wembley, London, yang menempatkan restoran hebat, kedai cenderamata dan hiburan dalam kawasan stadium.
Ini bermakna, orang ramai masih boleh datang ke stadium walaupun tiada perlawanan pada hari berkenaan. Jika anda pergi ke Old Trafford atau Wembley, terdapat muzium, kedai menjual barangan dan restoran. Berbeza dengan Stadium Nasional pada masa ini, bila anda datang, tiada apa-apa.
Justeru, cadangan pembinaan Muzium Harimau Malaya dan juga Kedai Rasmi Harimau Malaya di Stadium Nasional sememangnya dinanti-nantikan oleh para penyokong dan peminat Harimau Malaya.
Selain itu, FAM dan PSM sedang bekerjasama untuk merealisasikan sistem penjualan tiket seratus peratus secara online selain cuba memperkenalkan penjualan tiket mengikut nombor tempat duduk di stadium berkenaan.
Inisiatif ini akan cuba dilancarkan menjelang perlawanan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September depan dan langkah ini, sekali gus memberi peluang kepada para penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan persembahan skuad kebangsaan di venue bola sepak yang paling moden di negara ini.