Saya percaya ramai peminat bola sepak tanahair belum dapat 'move on' dengan kelibat pengadil dari Jepun Tokuto Okabe pada perlawanan akhir Piala FA antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, 27 Julai lalu.
Begitu juga dengan saya. Apa tidaknya, ketenangan Okabe mengawal perlawanan, tidak melayan provokasi dan membuat keputusan tepat membuat peminat teruja dengan kredibiliti dipamerkan pengadil tersebut dan pembantunya sekali gus menjadi kayu pengukur kepada pengadil tempatan.
Selepas tamat perlawanan itu, bukan sahaja pasukan Kedah dihujani dengan ucapan tahniah namun peminat tempatan turut memuji kualiti pengadilan Okabe dan dua rakan senegaranya, Yagi Akane dan Nomura Osamu di media sosial.
Jelas, kualiti pengadil yang mempunyai lencana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA itu memberi impak besar sehinggakan beberapa pengadil tempatan sudah mula berani dalam membuat keputusan yang lebih tepat dalam aksi pertama Piala Malaysia hujung minggu lalu.
Itu berdasarkan antara pemerhatian saya ketika perlawanan membabitkan Perak dan Sabah di Stadium Perak, pada Ahad apabila pengadil Suhami Mat Hassan ternyata lebih tenang mengawal keadaan dengan memastikan tiada insiden buruk berlaku dalam perlawanan itu.
Bagi saya, ia bukan satu perlawanan yang mudah untuk diadili kerana ianya membabitkan dua pasukan hebat sekali gus menghadirkan pertemuan berintensiti tinggi. Dalam perlawanan itu menyerlahkan ketegasan Suhaimi yang turut melayangkan kad kuning kepada budak 'nakal' Perak, Leandro dos Santos.
Ia mungkin terlalu awal untuk menilai perubahan yang dibawa Okabe terhadap mutu pengadilan bola sepak Malaysia, namun setidak-tidaknya ada perubahan positif yang sudah menjelma daripada kehadirannya dalam hanya satu perlawanan .
Justeru, saya secara peribadi berharap agar impak yang ditinggalkan Okabe benar-benar dapat mematangkan pengadil kita kerana sebenarnya mereka juga berkemampuan untuk mengadili perlawanan dengan lebih baik dan sempurna.
Hidup pengadil tempatan!.