Selepas tewas di pentas final Liga Europa kepada Chelsea dan terlepas slot ke Liga Juara-Juara musim ini, peminat Arsenal dimomokkan dengan dana £45 juta (RM226j) untuk membeli pemain baru.
Tambah parah, kehilangan Aaron Ramsey secara percuma selain ketua pasukan, Laurent Konscielny, yang mendesak untuk keluar daripada kelab itu menambah masalah The Gunners.
Gabungan para peminat Arsenal di seluruh dunia kemudian menyebarkan satu mesej #WeCareDoYou yang menyerang lembaga pengarah kelab serta pemilik, Stan Kroenke, yang terlalu pasif dalam pembelian pemain dan perjalanan kelab pada masa akan datang.
Namun dalam diam, mereka sebenarnya 'menipu' peminat dan menyusun strategi membeli pemain.
Pertama, pengambilan legenda, Edu, sebagai pengarah teknikal kelab itu buat kali pertama.
Edu bersama-sama pengarah bola sepak kelab, Raul Sanllehi, dan pengarah urusan, Vinai Venkatesham, secara aktif bersaing dalam pasaran pembelian pemain.
Langkah pertama ialah pembelian Gabriel Martinelli, pemain Brazil yang tidak dikenali, namun dikritik peminat.
Kemudiannya pertahanan, Willian Saliba, dan meminjam pemain tengah, Dani Ceballos dari Real Madrid.
Kemuncak pembelian ketika ini sudah tentu Nicolas Pepe.
Pemain antarabangsa itu secara sah menyertai The Gunners dengan rekod pembelian termahal kelab dengan tanda harga £72 juta (RM362j).
Pepe muncul pemain terbaik Lille musim lalu selepas merekodkan 22 gol dan 11 bantuan gol, menjadikannya penjaring kedua terbanyak di belakang Kylian Mbappe dalam liga Perancis.
Apa yang menarik perhatian, Pepe sanggup keluar daripada Lille yang beraksi dalam Liga Juara-Juara, untuk bersama Arsenal walaupun turut menarik perhatian PSG, Liverpool dan Manchester United.
Kemasukan Pepe nyata melenyapkan kritikan yang dilemparkan peminat sebelum ini.
Kini misi Sanllehi dan Edu ialahmencari pemain pertahanan yang bagus dalam usaha menutup kegagalan Arsenal sepanjang musim lalu.