Tahniah Fatin Nur Fatehah Mat Salleh kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Sains Sukan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Ia perjalanan lebih tiga tahun yang cukup mencabar kerana perlu membahagikan masa antara karier sebagai pemanah compound negara dan pelajar.
"Satu kepuasan tidak terhingga. Saya tidak sangka dapat menamatkan pengajian dalam tempoh ini kerana terpaksa berulang-alik dari Bukit Jalil ke Pulau Pinang sejak lebih tiga tahun lalu".
"Disiplin kunci utama. Saya perlu fokus untuk capai matlamat dalam sukan dan pengajian. Lebih mencabar kerana dalam tempoh tiga tahun ini, terlalu banyak kejohanan yang perlu saya sertai".
"Saya berlatih pada sebelah pagi sebelum belajar. Kemudian saya akan pergi bekerja dan petang, kembali berlatih," katanya.
Fatin bukan calang-calang pemanah.
Dia raih dua emas, satu gangsa Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Dia juga muncul naib juara pusingan pertama Piala Asia 2019 di Bangkok, Thailand, Mac lalu.
Malah, dia galas harapan untuk mempertahankan pingat emas Sukan Sea Filipina, November depan.
Saya bangga dengan beberapa atlet yang memiliki kesedaran tinggi mengenai kepentingan pelajaran seperti Fatin.
Ada antara mereka yang mengambil tempoh lebih sedekad untuk menamatkan pengajian kerana terikat dengan jadual sebagai atlet negara.
"Saya percaya tahap pelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang atlet di dalam dan luar gelanggang. Ia bantu saya mengawal diri dan cara untuk berada di tahap terbaik dengan tepat".
"Secara psikologi, saya akan lebih yakin ketika mewakili negara," katanya.
Tahniah Fatin. Moga jadi inspirasi kepada rakan atlet yang lain.