Skip to main content

Rencana

ORANG MELAKA DAH TAK SABAU

300116melakaunitedpdrm-jpg.jpg
Melaka United berada di Liga FAM sekian lama, penyokong penyokong Skuad Sang Kancil termasuk saya begitu mengharapkan  mampu menggegar seperti mana kata orang Melaka, Gegau Melaka Gegau!

Saya membesar di Melaka dan menjadi saksi kegemilangan bolasepak Melaka pada era 80an di ketuai oleh lagenda bolasepak Malaysia, Dato Soh Chin Aun. Stadium Kubu (kini Stadium Hang Tuah) adalah stadium keramat buat Melaka masa itu.

Setiap perlawanan di Stadium Kubu, bapa saya akan membawa saya ke stadium. Pemain-pemain seperti Dato Soh Chin Aun, Lim Chuan Chin, Wong Kaw Foo, G. Torairaju, Akob Itam, Rahim Abdullah, Hashim Marman, Osman Bakar dan Ramli Junit antara bintang yang sentiasa meniti di bibir kami.

Mereka menjadi juara Liga pada tahun 1983 dan sehingga kini mereka dinobatkan sebagai skuad lagenda bolasepak Melaka.

Saya melihat kerja keras yang bermula apabila YB Ketua Menteri Melaka Dato Seri Idris Harun mengambil tampuk Presiden Persatuan Bolasepak Melaka yang kini di kenali sebagai Melaka United Soccer Association.

Banyak usaha-usaha dan kerja keras di lakukan beliau dan dibantu oleh Majlis Tertinggi bagi memantapkan pasukan sehinggalah muncul sebagai Juara Liga FAM 2015/2016 seterusya layak ke Liga Perdana.

Tetapi tanpa sokongan padu dari pemain ke 12 Melaka United iaitu penyokong-penyokong kejayaan mungkin lambat di capai. Suka atau tidak suka, mereka inilah yang akan membuatkan pemain dan pegawai sentiasa cuba buat yang terbaik kerana selain sokongan mereka, mereka juga akan memberikan sedikit tekanan-tekanan yang bertujuan untuk melihat Melaka United terus maju ke hadapan.

Tetapi harus di ingatkan kepada penyokong, tekanan-tekanan yang di ajukan haruslah positif bukannya bersifat peribadi. "Mind-Set" harus positif di mana jangan hanya menyokong bila menang tetapi bila kalah dicaci. Sokongan harus terus menerus sehingga tamat liga ini.

Sebagai peminat dan anak jati Melaka, sememangnya ingin melihat Melaka United layak ke Liga Super di musim seterusnya tetapi saya faham ia bukan lah sesuatu yang mudah dan boleh di capai "overnight". Ia akan ambil masa. 

Buat musim ini jika Melaka United mempamerkan aksi yang akan memberi harapan untuk kejayaan di masa hadapan, cukuplah buat saya. Kekal di Liga Perdana dan memperkukuhkan asas sebagai sebuah kelab profesional, akan buat saya tersenyum gembira.

Kepada semua pasukan pasukan lain kami anak Melaka berikan amaran "Don't Mess With Melaka"

Advertisement

Must Watch Video