Satu ketika dia sudah hampir benar untuk angkat kaki ke Barcelona. Kemudian dia tiba-tiba menimbulkan kemungkinan untuk ke Real Madrid pula.
Hanya dua perkara yang pasti ketika ini – Neymar tetap mahu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) sebelum jendela perpindahan ditutup 9 September depan sambil dia berkira-kira untuk menagih gaji tertinggi daripada siapa juga majikan barunya kelak.
Cuma, ia tidak semudah dan selurus yang dimahukannya kerana di satu pihak, PSG yang akan memutuskan pilihan buatnya dan di pihak yang lain pula, kedua-dua Barca dan Real mungkin terus bersaing ataupun menggugurkan terus idea untuk mendapatkannya.
Dalam erti kata mudah, tiada siapa yang boleh berasa pasti bagaimana kesudahannya – tidak juga Neymar sendiri.

M-S-N... Neymar berasa keputusan tinggalkan Barca dua tahun lalu satu kesilapan dan sesalan
Akhbar Sepanyol, Marca, melaporkan dengan Real kini menyertai Barcelona berebutkan bintang Brazil itu, pilihannya lebih jelas untuk ke ibu kota Sepanyol itu sebagai jalan keluar untuknya dari Paris kerana proses rundingannya tidak akan terlalu menyulitkan.
Namun, dengan pengalaman empat tahunnya di Barca sehingga 2017, ramai yang mengumpamakan perpindahannya menyertai Los Blancos dengan Luis Figo – bintang Portugal itu tidak menjangkakan akan menyertai Real daripada Barca tapi kemudian mendapati ia salah satu langkah terbaik pernah dilakukannya.
Pada masa yang sama, PSG memang mahu melepaskannya – tiada guna menyimpan seorang pemain yang hatinya sudah berada di tempat lain -- asalkan harganya bertepatan.
Secara kebetulan pula, Real mendapati prospek itu semakin hampir berlaku, tambahan dengan keengganan kelab Paris itu, terutama presidennya, Nasser Al-Khelaifi, untuk berurus niaga dengan Barca, dengan hubungan kedua-duanya dikeruhkan oleh perpindahan pemain itu dua tahun lalu.
Namun, jika diberikan pilihan, Neymar lebih rela kembali ke pangkuan Barcelona untuk dia memperbaharui trio serangkai M-S-N bersama Lionel Messi dan Luis Suarez semula.

DIA BOS... Al-Khelaifi akan tentukan ke mana haluan Neymar, kalau boleh bukan Barcelona
Pada masa yang sama pula, pemain itu hairannya memuat naik satu fotonya bersama pengurus Real, Zinedine Zidane, yang dirakamkan di Porto Alegre pada Disember 2012 -- ketika itu, Neymar tampil untuk pasukan Sahabat Ronaldo (Nazario) dalam satu perlawanan amal menentang Sahabat Zidane untuk dana Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Mudah untuk menyimpulkan penyerang Brazil itu menyesal meninggalkan kelab Catalan itu dua tahun lalu di samping sudah muak dengan tahap bola sepak Ligue 1 dan kehidupan di Parc des Princes.
Begitupun, seperti dilaporkan akhbar Daily Express, sebarang perpindahan akan didapati sukar untuk dibiayai Barcelona pada ketika PSG menuntut sekurang-kurangnya £200 juta (RM1 bilion) sebagai memulangkan pelaburan kelab itu pada 2017.
Skuad Blaugrana itu baru saja berbelanja besar -- €120 juta (RM568 juta) kepada Atletico Madrid untuk Antoine Griezmann dan €85 juta (RM400 juta) lagi buat Frenkie De Jong daripada Ajax.
Penyelesaiannya mungkin dengan pertukaran Ivan Rakitic, yang sebelumnya diminati PSG selepas Piala Dunia tahun lalu.
Apa yang menyukarkan persefahaman itu ialah Real dilaporkan kini meningkatkan bidaannya, dengan presiden kelab, Florentino Perez, bersungguh-sungguh mahukannya sebagai menyejukkan hati Zidane yang gagal mendapatkan Paul Pogba daripada Manchester United.
Menurut Marca lagi, kelab itu mengumpan Neymar dengan gaji £38 juta (RM191 juta) setahun – cukup untuk membuat penyerang berusia 27 tahun itu pening-pening lalat.
Namun, sejak itu dia terus mendiamkan diri hingga tokoh sebengis Perez pun turut terkeliru dibuatnya.
Apakah Neymar – seorang oportunis dan mata duitan -- mahu mempermain-mainkan Real atau kata putus bukan di tangannya?
Hanya masa dan keadaan yang akan mendedahkan jawapannya.