Sekalung tahniah kepada atlit lompat tinggi kebangsaan Nauraj Singh yang berjaya melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Rio 2016 selepas menyamai catatan kelayakan Persekutuan Olahraga Antarabangsa IAAF, 2.29 meter.
Catatan yang dilakukan di Terbuka Singapura pada Khamis, turut memecahkan rekod kebangsaan milik Lee Hup Wei berusia lapan tahun, 2.27 meter. Ia kejayaan cemerlang dan pujian harus diberikan apatah lagi selepas membaca artikel nukilan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi yang menceritakan betapa Nauraj terpaksa mengharungi kepayahan dan kesukaran sebelum mencapai kejayaan.
Ia cerita yang boleh dibuat pengajaran oleh atlit kebangsaan yang lain. Bak kata pepatah ''di mana ada kemahuan... di situ ada jalan,'. Kejayaan tidak datang bergolek tetapi memerlukan usaha keras, keringat, darah dan air mata.
Apa yang menariknya, catatan 2.29 meter itu menyaksikan Nauraj kini dalam kolompok lima atlit lompat tinggi dengan catatan terbaik dunia bagi 2016 dengan catatan terbaik ketika ini ialah 2.30 meter oleh Jamal Wilson dari Bahamas.
Nauraj berkongsi catatan terbaik di tempat kedua bersama tiga lagi atlit lompat tinggi masing-masing dari Brazil (Talles Frederico Silva), Yu Wang (China) dan DJ Smith (AS) dengan ketinggian 2.29 meter.
Seandainya Nauraj mampu ulangi catatan 2.29 meter ini, maka dia boleh bermimpi untuk bersaing bagi kedudukan pingat di Sukan Olimpik Rio nanti.
Nauraj perlu bermimpi dari sekarang. Dia juga perlu berusaha meningkatkan ketinggian mencecah 2.30 meter dengan lebih kerap. Seandainya dia berjaya melakukannya, siapa tahu pingat mungkin dalam genggamannya.
Nauraj sudahpun mengetahui potensi dirinya dan ketinggian yang mampu dicapai. Tetapi seperti biasa kejayaan tidak akan datang mudah dan dari sekarang hingga ke Sukan Olimpik Rio, dia perlu lebih banyak berkorban dan memerlukan bantuan serta sokongan semua pihak.
Tiada yang mustahil selepas ini buat Nauraj Singh.