Tok Mat membuka mulutnya kelmarin berkaitan pengguguran dua tekong emas negara, Syahir Rosdi dan Zulkifli Abd Razak, tapi reaksi warga maya nampaknya banyak yang mempertikai -- berdasarkan kefahaman dan pengetahuan masing-masing.
Sebelum disalahertikan, tulisan ini tidak bertujuan memihak sesiapa – kerana saya turut dihentam (tak mengapalah itu asam-garam seorang wartawan tua) – melainkan untuk memperturunkan apa yang dipertuturkan di atas rekod.
Mendahului reaksi mereka itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail (Tok Mat), dalam sidang akhbarnya di Kepala Batas kelmarin, berkongsi sepintas lalu kisah di sebalik pengguguran kedua-duanya – digelar Panjang dan Sobey -- atau lebih lagi kepada Syahir.

“Baiklah, bila kita nak buat keputusan, nak buang tekong no 1, no 2, you ingat senang?
“Tak senang, kita ambik kira semua.
“Bila kita dah ambik kira semua, bincang dengan coach yang paling banyaklah, kerana mereka (yang bersama) dengan pemain, walaupun saya mempunyai keyakinan,” jelasnya.
Panjang dan Sobey digugurkan hasil satu keputusan mesyuarat PSM pada malam 26 Jun lalu, atas masalah disiplin kerana tidak hadir dalam latihan selama beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri lalu di samping ia dikaitkan dengan rasa tidak puas hati kedua-duanya bersabit pemotongan elaun mereka.
Syahir menerusi akaun Facebooknya turut memuat naik surat pengguguran yang diterimanya daripada PSM itu yang menyatakan dia digugurkan sebagai atlet negara dan dikeluarkan daripada skuad sepak takraw kebangsaan serta digantung sementara daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan berkenaan.
Meneruskan huraiannya, Tok Mat berkata: “Saya kata kepada coach, pada saya, apa result apa pingat yang pernah diberi oleh Syahir dan Sobey, saya yakin yang dok ada (pemain lain dalam skuad) boleh bagi.
“Maksud saya kalau dari segi berpasukan, saya tanya dekat depa (coach), ‘Tak mampukah kita dapat perak?’ sebab inilah pingat depa (Panjang dan Sobey) bagi… bukan emas.
“Depa (coach) kata ‘Yes, boleh Datuk’.
“So, kita dah ambik kira anak-anak kita yang ada di dalam ini (skuad kebangsaan sedia ada) jugak akan boleh.
“Cuma kesempatan waktu mereka (Panjang dan Sobey) ada, biasa orang bagi lebih kat depa.
“Tapi saya tak nafikan sekiranya mereka berada di dalam skuad, untuk nak dapat emas, sinaran dia lebih cerah, itu saya tak nafi bagi acara berpasukan.
“Tetapi saya tak mau jugak dok harap sinaran yang lebih cerah tiba-tiba jadi pudar dan gelap disebabkan disiplin, habis rosak satu skuad, gangsa pun tak dapat nanti.
“Itu yang saya bimbang, maka PSM ambil pendirian biarlah... proses masih ada.

“Balik dari Hatyai (Piala Datuk Bandar bermula semalam, 16 Ogos), kita tunggu pengerusi jawatankuasa tatatertib yang nak sign surat (kepada Panjang dan Sobey). Depa akan dapat.”
Kepada peminat sepak takraw negara, Tok Mat menyeru agar jangan bimbang kerana PSM sudah mengambil keputusan berdasarkan pertimbangan apakah yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.
“Saya tak nafi Syahir telah membantu kita bawak emas tapi saya mintak study (kaji) balik ya.
“(Sukan SEA) 2015 kita dapat emas, apakah semata-mata kerana Syahir di Singapore?
“Kita hampir-hampir kalah dengan Laos.
“Syahir dikeluarkan, Ijat Bom (Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi) masuk, kita menang.
Silap-silap kita kalah dengan Laos, emas time tu melayang.”
Kata Tok Mat lagi: “(Sukan SEA) 2017 di Kuala Lumpur sendiri, apa yang berlaku kita hampir-hampir tewas kepada Filipina… hampir-hampir sampai 24-22, 23-21.
“Masa di SEA Games KL, (timbul masalah) disiplin Syahir, itu yang nak buang dia time tu… memang teruk, pukul 5 pagi belum ada dalam kem.
“Dia tidak bersedia. Nak masuk game warming up, budak lain dah ada, dia tak sampai lagi… that’s Syahir.”
Menjelaskan lanjut mengenai tekong tinggi lampai 1.92 meter kelahiran 2 Ogos 1996 (23 tahun) itu, Tok Mat menarik perhatian kepada perlawanan akhir antara regu Sukan Asia di Palembang pada tanggal 28 Ogos 2018 yang mengakhiri kemarau emas sepak takraw negara selama 24 tahun dengan kemenangan dramatik 18-21, 22-20, 21-11 ke atas tuan rumah, Indonesia.

“Saya tanya kat pemberita, kalau Syahir terus main, kita menang atau kalah? Ikhlas cakap kita kalah.
“Kebijaksanaan Talib (ketua jurulatih Abdul Talib Ahmad), membawa keluar Syahir, masukkan Sobey.
“Bila Sobey masuk, kita tengok permainan Emon (Farhan Adam) lebih baik sebab Farhan bila main dengan Syahir, dia nak kena cover Syahir – Syahir kaki kiri lemah.
“Tapi bila tanpa Syahir, Farhan begitu selesa main, membantu Lan (Azlan Alias) yang membuat begitu banyak libasan.
“Yang kita dapat point sebenarnya banyak daripada libasan dan blocking Azlan.”
Di sebalik semua itu, Syahir seharusnya sudah lebih awal disingkirkan jika tidak kerana campur tangan Tok Mat sendiri.
“Sebenarnya jurulatih dan pengurusan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Syahir pada tahun 2017 – tiga setengah bulan sebelum SEA Games kita.
“Saya merayu kepada pengurusan, saya merayu kepada jurulatih, bagi peluang, saya ambik dia macam anak saya.
“Bagi peluang, saya cuba bantu dia.
“Kerana saya lihat kebolehan, kemampuan Syahir ni luar biasa sikit, jadi kita perlukan dia.
“Tapi tak bolehlah kalau dah jadi star, disiplin tak jaga, nak rosak habis semua, saya rasa payahlah.”
(AKAN BERSAMBUNG LAGI)