Skip to main content

Rencana

MySC'19: Cari idea lain KBS

41566385810_tbstevensimjpg.jpg
Saya harus akui, sejak Syed Saddiq Syed Abd Rahman dilantik Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, tidak banyak keputusan drastik daripada segi aspek pengurusan pemegang taruh sukan negara.

Beliau lebih banyak fokus terhadap belia seperti isu sama ada berjaya mendapatkan elaun latihan praktikal minimum RM900 hingga memperkenalkan perkhidmatan e-hailing motosikal, Go-Jek yang dilihat langkah baik untuk golongan terbabit.

Cuma idea itu gagal diterjemahkan kepada sukan.

Seingat saya, langkah paling drastik ialah menaikkan elaun latihan atlet kebangsaan. Itu pun banyak aduan daripada jurulatih yang dipinggirkan.

Terbaru, kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan Malaysia Sport Challenge 2019 (MySC'19) untuk menggantikan Hari Sukan Negara.

Fokus utama ialah memanjangkan tempoh penganjuran selama 31 hari sepanjang Oktober 2019. Strategi ini diharap dapat lebih banyak liputan media, penaja dan masyarakat.

Kalau begitu, kenapa tidak dianjurkan sepanjang tahun?

365 hari berbanding 31 hari. Lebih banyak pulangan untuk KBS.

Satu lagi persoalan, adakah rakyat Malaysia mempunyai cukup masa untuk bersukan setiap hari?

Majoriti keluar rumah seawal 7.00 pagi, pulang 7.00 petang. 

Jika ada, ia hanya sebilangan kecil peminat tegar sukan yang masih muda atau mendapat nasihat doktor untuk mengeluarkan peluh ataupun, suri rumah.

Biasanya, boleh panggil pelajar sekolah untuk memenuhkan majlis.

Syed Saddiq pernah mengakui beliau akan meneruskan idea baik Khairy Jamaluddin tetapi saya fikir idea bekas menteri itu mengadakan Hari Sukan Negara setiap minggu ketiga Oktober lebih sistematik dan berkesan. 

Malah, nama Hari Sukan Negara lebih patriotik berbanding Malaysia Sports Challenge 2019.

Advertisement

Must Watch Video