Kemenangan menentang Terengganu (5-1) sudah pasti melegakan skuad Selangor kerana dengan kemenangan itu akan mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas carta Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) dengan meninggalkan Pahang ditangga ke dua dengan jurang mata yang agak besar. Walaupun kelebihan perlawanan memihak kepada Pahang, namun agak sukar kepada Pahang untuk memintas Selangor kerana Selangor hanya memerlukan satu mata daripada satu baki perlawanan sahaja untuk mengesahkan kejuaraan edisi pertama tahun ini.
Walaupun dalam perlawanan menentang Terengganu itu pada awal permainan agak mengusarkan jurulatih Selangor, Addy Shahrullyzam, setelah Terengganu berjaya melakukan jaringan pendahuluan melalui sepakan percuma yang diambil oleh ketua pasukan mereka, Amirrul Izzad Adang, namun ia tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya untuk bangkit. Akhirnya mereka berjaya mengawal permainan dan berjaya menyamakan jaringan melalui Mohammad Hafiz Ramlee.
Dengan pengalaman pemain-pemain Selangor bermain diperingkat tertinggi, ia tidak melihatkan sebarang tekanan, sebaliknya mereka terus mendominasi permainan dengan tenang serta berjaya mengikut perancangan yang telah disusun, akhirnya Selangor berjaya melakukan jaringan ke dua melalui Muhammad Azri dan diikuti jaringan ke tiga oleh Mohd Ridhwan. Bermula babak kedua, Selangor tidak memperlahankan permainan sebaliknya terus bertindak agresif dan melakukan serangan dengan gerakan pantas untuk terus memberi tekanan kepada pemain Terengganu.
Walaupun bermain dengan empat pemain di atas gelanggang buat seketika setelah Mohd Ridhwan dilayangkan kuning kedua dan seterusnya dilayangkan kad merah, ia tidak mematahkan semangat pemain Selangor untuk terus fokus. Apabila pemain menjadi lima kembali, pemain-pemain Selangor terus bangkit dan menambahkan dua lagi jaringan melalui Muhammad Ruzaini dan Muhammad Rushdi. Kemenangan Selangor ini pasti akan terus memberi tekanan untuk pasukan Pahang kerana misi untuk menjadi juara edisi pertama MPFL ini agak sukar kepada Pahang.