Naib juara Liga Juara-Juara Eropah (ECL) musim lalu, Tottenham Hotspur jelas melalui cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sukar musim ini.
Sebelum saingan EPL ditangguhkan sementara kerana pandemik Covid-19 bulan lalu, Tottenham sekadar menghuni tangga kelapan dengan 41 mata selepas 29 perlawanan.
Prestasi yang terus merudum menyaksikan pucuk pimpinan kelab di utara London itu meleraikan ikatan dengan Mauricio Pochettino dan Jose Mourinho dinamakan sebagai pengurus baharu November lalu.
Sudah pasti ia mengambil masa buat bekas pengurus Manchester United dan Chelsea itu mengembalikan keampuhan Spurs.
Namun apa yang pasti, Mourinho masih mempunyai sokongan barisan pemain Spurs ketika ini.
Ia disahkan tonggak tengah Tottenham, Eric Lamela ketika satu temubual khas bersama Stadium Astro baru-baru ini.
“Ia sukar bagi saya ketika Mourinho tiba November lalu kerana saya masih dibelenggu kecederaaan.
“Sebagai pemain sudah pasti saya ingin meraih kepercayaan pengurus baru.
“Tetapi sebaik saya pulih pada minggu ketiga Mourinho mengendalikan pasukan, saya seronok bermain di bawahnya.
“Saya berasa ia sesuatu yang positif bermain dibawah Mourinho dan saya tahu rakan sepasukan lain juga sudah mengenalinya serta tahu apa yang dimahukannya daripada pemain, “ kata Lamela kepada Stadium Astro.
Bagi penulis, Tottenham di bawah kendalian Mourinho mampu menamatkan saingan di kedudukan lebih tinggi daripada kedudukan kelapan kini apabila saingan EPL bersambung semula.
Berbekalkan barisan skuad berkualiti dengan pemain seperti Lamela, Son Heung-Min dan Harry Kane, tiada sebab mereka tidak mampu melakukannya jika tiada masalah kecederaan pemain yang serius.
Hanya tujuh mata yang memisahkan Tottenham dengan pasukan tangga keempat EPL ketika ini, Chelsea.
Mourinho juga adalah seorang pengendali yang cukup berpengalaman yang pasti tahu, kelayakan ke saingan ECL atau Liga Europa musim depan adalah sasaran realistik buatnya.
Dalam pada itu, Lamela turut mengesahkan pemain-pemain Tottenham ketika ini masih melakukan latihan kecergasan di rumah sejak EPL ditangguhkan.
“Jurulatih kecergasan kami ada merangka pogram latihan di rumah bagi memastikan pemain tetap kekal cergas.
“Kelab juga memberi ramuan makanan berkasiat buat pemain dan kadang-kala turut memghantar makanan-manakan berkhasiat ke rumah,” kata Lamela.