Keputusan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyenaraikan sukan bertanding atau diketepikan daripada Sukan SEA Filipina, November depan menerima pelbagai reaksi.
Ada yang akur, ada yang juga tidak berpuas hati.
Permohonan jujitsu dan tenis ringan ditolak sementara polo ambil keputusan tarik diri.
Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D Shahriman Megat Zaharuddin, pula berang apabila konflik dalaman menyaksikan senarai atlet terpaksa ditangguhkan.
Bola sepak wanita perlu menghantar senarai pemain sebelum 2 September sementara status kurash/sambo masih tergantung.
Ini masalah biasa dihadapi MOM menjelang sukan bertemasya tetapi kali ini agak panas.
"MOM tidak boleh buat seperti ini. Kami sudah buat persiapan sejak tahun lalu.
"Malah, kami sanggup keluar kos sendiri untuk mewakili negara. Apa hak kami sebagai atlet?
"Jangan sampai kami buat demonstrasi depan pejabat MOM," kata seorang atlet yang enggan dikenali.
Sabar semua.
Masalah boleh selesai.
Masih ada tempoh kurang dua minggu untuk menangani isu ini.
Realitinya, semua sanggup berkorban demi sukan negara -- ini perkembangan baik.
Cuma, seingat saya, belum pernah atlet buat demonstrasi depan pejabat MOM. Mungkin menarik juga jika mereka dapat patahkan beberapa papan seperti Hari Ko-Kurikulum peringkat sekolah.