Selasa lalu, dua majlis bermakna dianjurkan dalam menceritakan kelestarian pembangunan sukan negara.
Pada siangnya, Majlis Anugerah Gemilang Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2017 diadakan di sekolah berkenaan.
Pada malamnya pula, majlis penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dianjurkan dalam kawasan yang sama.
Tentunya kedua-dua majlis dibuat demi menghulurkan kejayaan wira dan wirawati yang cemerlang di pentas masing-masing.
Dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ogos lalu, kontinjen negara muncul juara keseluruhan selepas meraih 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa, disusuli kedudukan naib juara untuk Malaysia Sukan Para ASean dengan 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.
Insentif wang tunai berjumlah RM3,643,750 disediakan untuk kontinjen Sukan SEA, manakala RM1.891 juta dihulurkan sebagai ganjaran untuk kontinjen Sukan Para Asean.
Atlet renang, Welson Sim dan ratu gimrama, Koi Sie Yan dipilih atlet lelaki dan wanita terbaik Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Welson yang memenangi dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa serta mencipta dua rekod baharu kejohanan dalam acara 200 dan 400 meter gaya bebas, menerima RM33,000.
Sie Yan pula cemerlang meraih empat pingat emas iaitu dua dalam acara aparatus gelung dan belantan, selain emas berpasukan dan emas individu keseluruhan untuk menerima insentif tertinggi berjumlah RM49,500.
Ia melengkapkan hari indah untuk Sie Yan yang pada sebelah siangnya diangkat menjadi Olahragawati SSBJ 2017. Sie Yan mengetepikan rakan gimnasnya, Izzah Amzan dan pelontar tukul besi, Grace Wong.
Dua majlis ini melambangkan betapa untungnya golongan atlet negara yang diberi ruang menikmati hasil pengorbanan mereka.
Dengan kerjaya dalam sukan yang lazimnya tidak sampai dua dekad, mengurus ganjaran juga harus dijadikan keutamaan bagi atlet elit.