“My heart is with Arsenal and I just can’t picture myself with a different shirt”
Van Persie, July 8, 2009
Itu yang diungkapkan oleh Van Persie ketika menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang bersama Arsenal.
Sebelum itu dia dikutip oleh Arsene Wenger pada 2004 selepas harungi musim yang kurang menyenangkan di Feyernood di bawah kendalian, Bert Van Marwijk.
Lima musim selepas itu, Van Persie diibaratkan seorang pemain “kaki kaca”, sering berdepan dengan kecederaan, masih boleh meledak apabila pulih, namun kembali duduk di bangku simpanan apabila tercedera semula. Kitaran itu berulang beberapa musim sepanjang dia berada di Arsenal.
Van Persie dibeli pada asalnya untuk bermain di posisi pemain sayap kiri, kerana pada masa itu Arsene Wenger turut membeli seorang penyerang dari Sepanyol bernama Jose Antonio Reyes. Tidak lama kemudian, Van Persie dilihat punyai kredibiliti untuk bertindak sebagai penyerang dan digandingkan dengan Thierry Henry. Selepas itu, pada musim 2007/2008, dia diangkat sebagai penyerang prolifik The Gunners selepas Henry berpindah ke Barcelona.
Kemuncaknya pada tahun 2011, Van Persie meledak seperti mesin gol, kaki kanan, kiri, kepala, sepakan percuma termasuk penalti, namakan sahaja, semua gol berjaya dijaringkan. Dia dinobatkan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2011/2012 dengan 30 gol, mengatasi Wayne Rooney dan Sergio Aguero.
Tapi seperti kacang lupakan kulit, selepas ditatang bagai minyak yang penuh, Van Persie membuat pengumuman rasmi tidak mahu lagi menyambung kontrak bersama Arsenal dan lebih memeritkan membuat keputusan berpindah ke seteru utama, Manchester United.
Peminta sebenarnya tidak marah jika dia mahu berpindah, namun terkilan mengapa harus ke seteru utama dalam liga? Lebih-lebih lagi selepas dia diberikan kepercayaan, dijaga dengan rapi meskipun boleh dikatakan saban musim, kecederaan pasti akan menimpanya. Itu tidak termasuk bagaimana Wenger masih memberikan peluang dan sokongan buat Van Persie walaupun selepas disyaki terlibat dengan skandal rogol di Rotterdam sehingga kes diheret ke mahkamah pada 2005.
Selepas digilap dari sebuah kelab yang tak hargainya, diasah bakat menjadi seorang penyerang yang berkaliber, diberi kepercayaan meskipun sering dilanda kecederaan, diberi mandat memimpin kelab di atas padang, dan selepas itu, kesetiaan yang dicanangkan terus dicampak, berpindah ke seteru utama dalam liga hanya mahu mengejar kemahsyuran? Bukankah itu satu pengkhiantan terhadap peminat?
“ If you look the support Boss and the whole club gave me,the fans gave me, my teammates gave me, this is the right decision.”