Saban tahun kita dapat lihat sambutan rakyat Malaysia untuk melibatkan diri dalam acara-acara larian semakin meningkat, ditambah penganjuran acara ini semakin bercambah di Malaysia.
Tolak tepi penyertaan pelari-pelari dari negara Afrika yang mendominasi kategori elit 42km, kita masih boleh berbangga dengan peserta-peserta yang dipelopori rakyat Malaysia beraksi dalam kategori 21km, 10km mahupun yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti sebegini dengan hanya sertai larian santai 5km.
Ia satu perkembangan sihat bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bersukan, memandangkan statistik yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam, pada 2016, 8.5 juta rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan, dan daripada jumlah itu 4.4 juta adalah tergolong dalam kelompok obesiti.
Dalam erti kata lain, Tinjaun Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) yang dilaksanakan telah mendapati tiga daripada 10 rakyat Malaysia menghadapi masalah ini, ia satu angka yang serius sebenarnya.
Secara peribadi saya tidak mahu rungkai mengapa ia terjadi sebegini, kerana saya rasa ramai boleh meneka ia berkaitan dengan amalan pemakanan di dalam negara kita, namun yang lebih penting bagaimana kita mahu mendidik diri supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
Berbalik kepada acara larian, ia satu aktiviti yang mudah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, kerana secara azalinya, tubuh manusia mahir untuk melakukan pergerakan ini.
Dengan sepasang kasut sukan dan pakaian yang sesuai, anda boleh terus bersukan baik berseorangan mahupun berkumpulan.
Mungkin untuk permulaan, anda hanya mahu sertai larian yang punyai jarak lebih pendek seperti 5KM, kerana purata manusia biasa boleh menghabiskannya dalam tempoh 30 minit. Ia bersamaan 228 kalori telah berjaya dibakar dalam tempoh tersebut.
Dan bila sudah mahir serta dambakan lebih banyak cabaran, mungkin 10km ataupun 21km (separuh jarak Maraton) menjadi pilihan. Dan tidak mustahil anda mampu habiskan satu larian maraton suatu hari nanti pula.
Ada yang berlari kerana mahu kurus, ada juga yang mahu dapat pingat dan baju percuma, tidak kurang yang mahu berkongsi gambar mereka habiskan larian di Instagram, tidak kisahlah apa pun yang menjadi motivasi anda untuk memulakan larian, teruskan berlari untuk mengejar impian anda!