Skip to main content

Rencana

Mendayung di Olimpik, tidak di Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muhd-khairuddin-azwi-mendayung.jpg
Sehingga hari ini saya bingung mengapa pelbagai sukan yang berstatus Sukan Olimpik dipandang enteng  pemegang taruh program sukan negara.

Mendayung misalnya yang sudah berada dalam percaturan Sukan Olimpik sejak 1900, ya lebih seratus tahun yang lalu.

1900 juga merupakan edisi kedua penganjuran temasya Olimpik.

Dalam Sukan Asia 2018 di Palembang, saya berpeluang mendampingi skuad mendayung negara yang menghantar dua wakil di bawah klasifikasi Single Sculls.

Kagum sahaja tidak memadai untuk menceritakan semangat tinggi yang menjadi bekalan dua pendayung negara, Amirul Norhadi dan Khairuddin Azwi, serta jurulatih, Syukri Zaili Zarin.

Tetapi, pada masa sama, menyerlahkan reputasi sebenar Malaysia dalam sukan yang terbukti tidak mampu dibandingkan dengan terbaik di Asia Tenggara apatah lagi benua ini.

Keseluruhan lapan klasifikasi lelaki dan wanita dipertandingkan di Palembang.

Itu sahaja memberi gambaran kepada pengaruh sukan mendayung kepada aspirasi pungutan pingat kepada sesebuah kontinjen.

China di kelas tersendiri, tetapi kejayaan Indonesia dan Vietnam memenangi satu pingat emas seharusnya memberi petanda ada potensi yang boleh dieksploitasi Malaysia dalam sukan ini.

Tidak banyak yang dilakukan sejak Malaysia mula berjinak dalam sukan ini ketika menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Dalam kita menyimpan idaman memenangi emas dalam temasya Olimpik, mungkin sudah tiba waktu sukan seperti mendayung ini diberi sokongan yang sewajarnya.

Advertisement

Must Watch Video