Kementerian Belia dan Sukan(KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) mengambil pendekatan lebih proaktif bagi mencorak generasi belia akan datang dengan menyasarkan penglibatan program aktiviti belia pada seawal usia kanak-kanak sekaligus memberi manfaat kepada komuniti mahupun masyarakat setempat untuk turut sama dalam setiap penganjuran oleh pemegang taruh pembangunan belia dan sukan negara ini.
Jesteru itu, menjadikan tayangan skrin besar bagi filem animasi tempatan berjudul 'Mechamato Movie' sebagai mana hasrat Ketua Setiausaha KBS, Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menjadi pilihan tepat yang berjaya menarik kehadiran kanak-kanak termasuk ibu bapa bersama penjaga untuk turut sama menjayakan program yang berlangsung selama sehari ini.
Turut berlangsung serentak sewaktu tayangan filem ini adalah pertandingan mewarna yang menjadi tambah nilai besar bagi program ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik sekaligus menjadi simbolik perpaduan di dalam masyarakat masa kini.
Menerima penyertaan seramai 175 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang ditemani oleh ibu bapa mahupun penjaga masing-masing menjadi satu penanda aras terbaik buat penganjur sebagai usaha untuk berkongsi manfaat bersama komuniti mahupun masyarakat di negeri ini melalui aktiviti kekeluargaan tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahamam politik.
Timbalan Pengarah JBSNT, Nurul Afifa Sofina Azmi melihat secara positif program diadakan ini sebenarnya meletakkan kerangka program Rakan Muda yang telah diperkenalkan oleh KBS sejak tahun 1994 di landasan yang terbaik untuk mempersiapkan generasi baru dan seterusnya agar lebih mampan sejajar dengan peredaran semasa.
“Melalui pendekatan ini, kita bukan sahaja dapat merapatkan jurang generasi, malah membuka ruang kepada kanak-kanak untuk lebih awal mengenali nilai-nilai hidup bermasyarakat, perpaduan yang disulami dengan kreativiti dan semangat komuniti seperti mana penganjuran ini.
"Melihat jumlah penyertaan yang besar dengan kehadiran ibu bapa atau penjaga yang turut hadir memberi sokongan kepada anak masing-masing, saya cukup terharu seolah-olah hasrat kita di JBSNT ini memberi peluang atau impak yang lebih besar dari itu khususnya melibatkan aktiviti yang mengeratkan kekeluargaan,” katanya.
Program ini turut mendapat perhatian pelukis tempatan, Taib Abdul Razak melihat penganjuran tersebut sebagai platform penting untuk memperkenalkan seni lukis kepada generasi muda.
“Daripada aktiviti mewarna, anak-anak boleh mula mengenal seni lukis, mengecat dan bereksperimen dengan kreativiti mereka. Ini satu permulaan yang baik.
"Sekurang-kurangnya melalui penganjuran ini secara tidak langsung memberi keyakinan diri seawal usia kanak-kanak untuk turut sama menyertai pertandingan mewarna ini dengan rakan-rakan yang baru dikenali di mana secara tidak langsung ianya menerima pendedahan awal bagi program-program melibatkan pembangunan belia” ujar Taib Abdul Razak yang kini mempunyai memiliki studio lukisan sendiri di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Pengerusi MAYC Terengganu, Muhammad Muzzammil Mokhetar, menyifatkan pendekatan menyasarkan kanak-kanak sebagai pelaburan jangka panjang dalam membentuk kepimpinan masa depan.
“Walaupun mereka belum bergelar belia, ibu bapa yang hadir adalah sebahagian daripada komuniti belia. Ini membuka ruang interaksi dan pemahaman yang lebih luas terhadap pembangunan belia sekaligus mempersiapkan generasi baru mahupun seterusnya yang lebih utuh demi membina negara ke arah yang lebih baik,” ujarnya.
Menambah menarik pada penganjuran ini turut diambil manfaat oleh ibu kepada dua cahaya mata, Leow Yu Yue seorang arkitek yang menetap di Melbourne, Australia sewaktu pulang ke kampung halaman di Kuala Terengganu ini.
"Saya berasa amat bertuah kerana tidak sangkat sewaktu pulang bercuti ketika ini anak-anak saya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman baru buat mereka yang membesar di luar negara.
"Walaupun buat seketika ini kami menetap di sana atas urusan kerja, namun kami tidak pernah lupa dari mana asal usul kami yang hidup berbilang masyarakat apatah lagi dengan pelbagai kaum dan agama di Terengganu ini. Sesuatu yang tidak mungkin anak-anak saya boleh mendapat pengalaman ini di sana," ujar Leow Yu Yue yang penuh keterujaan.
Manakala buat Nor Hashimah Ali, suri rumah yang hadir bersama keluarga bagi memberi sokongan kepada anaknya turut menyambut baik usaha penganjuran ini di mana melihat ianya memberi tambah nilai buat institusi kekeluargaan.
"Walaupun musim cuti persekolahan telah berakhir, melalui penganjuran ini secara tidak langsung memberi ruang buat ibu bapa yang bekerja atau tidak untuk mencari kelainan sebagai usaha mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.
"Seharusnya program sedemikian diteruskan sama ada menjadi acara tahunan atau jika boleh menjadi acara bulanan apatah lagi menjadi program mingguan," ujar beliau.
Beli Sekarang

Tambah Semangat Anak Anda
Dengan set alat tulis Mechamato ini, anak anda akan jadi lebih aktif dan ceria bukan sahaja di sekolah, malah aktiviti luar.
Beli Sekarang