RENCANA
Manchester United mula pasang impian
Kejayaan mengutip satu mata ketika menentang Leicester City di Stadium King Power semalam telah mengekalkan kedudukkan Manchester United dalm kelompok lima teratas carta liga.
Walaupun ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga tetapi ia tidak menghalang untuk Manchester United memberi saingan dan tekanan pada pasukan-pasukan diatasnya itu.
Ini menunjukkan bahawa The Red Dvils sudah bersedia untuk memasang impian dalam memburu kejuaraan musim ini, tetapi ia bukan satu tugas yang mudah untuk anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer mengharungi perlawanan-perlawanan seterusnya.
Iklan
Apa yang dinyatakan Solskjaer sebelum ini bahawa dia dan anak-anak buahnya belum lagi membicarakan tentang kejuaraan liga di dalam bilik persalinan, sebaliknya mereka terus fokus memberi tumpuan dalam mengharungi setiap perlawanan.
Namun, bagi pemerhati bola sepak apa yang dikatakan itu hanya merupakan “reverse psychology” bagi memastikan anak-anak buahnya tidak tertekan dan hilang konsentrasi dalam mengekalkan prestasi pada setiap perlawanan untuk terus mencipta kemenangan.
Sekiranya mengikut dari jumlah baki perlawanan yang akan dilalui Manchester United yang masih banyak itu, tidak mustahil impian yang sekian lama dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Manchester United itu boleh menjadi realiti tetapi pemain-pemainnya perlu memanfaatkan setiap peluang kemenangan baik di laman sendiri atau pun lawan.
Yang paling penting setiap pemainnya perlu meletakkan segala keringat serta jiwa raganya untuk Manchester United.
Berdasar perkembangan terkini itu, pemain-pemain Manchester United telah menunjukan “faktor X” mereka di atas padang. Dengan faktor itu juga memberikan aura yang lebih kuat untuk mereka mengharungi setiap perlawanan dan sudah tentu akan menggerunkan lawan.
Ini telah dibuktikan oleh pemain-pemain Manchester United dalam beberapa perlawanan.
Apa yang diperlukan oleh pemain-pemain Manchester United ketika ini hanya sokongan dan dorongan daripada peminat-peminat tanpa berbelah bagi membantu mereka mengapai impian yang telah lama mereka inginkan.
Must-Watch Video