Dengan memperolehi empat kemenangan dan satu seri pada lima perlawanan terakhir telah membina keyakinan Ole Gunnar Solskjaer dan Bruno Fernandes bahawa Manchester United boleh menjadi juara Liga Perdana musim ini. Keyakinan itu disuarakan Ole Gunnar Solskjaer selepas Manchester United berjaya menunjukkan aksi yang konsisten dan semakin meningkat prestasi pemain-pemainnya sebelum berhadapan Manchester City tempoh hari. Ia tidak mustahil bagi Manchester United untuk mengungguli Liga Perdana musim ini sekiranya terus mencipta kemenangan sebagaimana Manchester United buktikan pada musim lalu apabila berjaya menduduki tangga ke 3 setelah berjaya bangkit pada pusingan ke 2 liga.
Walaupun dengan kenyataan yang dibuat itu mengundang rasa tidak senang dan geli hati bagi penyokong-penyokong seteru Manchester United tetapi itu bukan halangan malah ia merupakan strategi untuk meningkatkan keyakinan pemain-pemain Manchester United sendiri untuk terus memberi saingan dalam merebut kejuaraan liga selain melakukan perang psikologi sebagaimana yang sering dilakukan pengurus-pengurus pasukan lain seperti Jose Mourinho. Dengan cara itu ia akan menjadikan persaingan Liga Perdana lebih kompetetif serta akan mendapat perhatian daripada media-media untuk menjadikan ia lebih hangat.
Strategi ini pasti akan memberi kelebihan kepada Manchester United sekiranya pemain-pemain mereka faham apa yang dinyatakan oleh Ole Gunnar Solskjaer itu, dimana pengurus Manchester United itu begitu yakin dengan kemampuan pemain-pemainnya sekiranya mereka terus bekerjasama dan bermain sebagai satu pasukan. Walaupun ada sedikit ganguan dalaman yang digembar-gemburkan oleh media tentang perbalahan di antara Paul Pogba dan Manchester United namun ia telah dinafikan sendiri oleh Pogba baru-baru ini.
Dengan penyelesaian itu ia telah menunjukan bahawa Manchester United berada dalam keadaan baik dan harmoni. Sekiranya keharmonian itu dapat dikekalkan dalam pasukan Manchester United sudah pasti apa yang dinayatakan oleh Ole Gunnar Solskjaer dan Bruno Fernandes itu akan membuahkan hasil pada penghujung liga nanti. Dengan perkembangan itu jugalah tidak salah kalau Manchester United bakar line untuk kepentingan pasukannya dan penyokong-penyokong mereka.